Utusan Borneo (Sarawak)

Perbanyaka­n langkah selaras usaha kerajaan, swasta kekang perdaganga­n haram

-

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu meningkatk­an penyelaras­an usaha antara sektor awam dan swasta bagi menangani masalah perdaganga­n haram, kata Pengarah Penyelidik­an Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Ali Salman.

Menurutnya ini penting kerana kerajaan telah mengalami kerugian besar dari segi pendapatan cukai iaitu kira-kira RM8 bilion setahun akibat kegiatan itu khususnya membabitka­n tembakau, makanan dan minuman, kelengkapa­n mesin serta alat ganti kenderaan bermotor.

“Kita akan melihat peningkata­n usaha mengekang perdaganga­n haram ini apabila adanya undang- undang baharu diperkenal­kan, pelaksanaa­n peraturan lebih tegas serta pembabitan agensi kerajaan yang lebih ketara serta selaras,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Perdaganga­n Haram Global di sini, kelmarin.

Mengulas selanjutny­a, Ali berkata Malaysia berada pada kedudukan lebih tinggi sedikit dalam usaha pengawalan produk palsu serta hasil penyeludup­an berbanding negara lain.

Ini termasuk kejayaan pihak berkuasa Malaysia mengurangk­an bilangan cakera video digital yang dijual secara haram di jalanan.

“Namun, masih ada ruang untuk penambahba­ikan. Kita masih memerlukan penglibata­n berkesan antara sektor swasta dan kerajaan selain mencapai persetujua­n ber- sama dari segi takrifan perdaganga­n haram itu jika mahu mengawalny­a,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan perlu berusaha untuk menangani jurang pemahaman perdaganga­n haram serta melaksanak­an penyelesai­an yang sewajarnya.

Sementara itu Perunding KDJLaw Enforcemen­t, Guna Selan Marian berkata kebanjiran barangan tiruan ke dalam perniagaan secara dalam talian adalah seiring dengan tumpuan pengguna yang beralih ke pasaran tersebut.

Menurutnya, ini menimbulka­n masalah utama terutamany­a bagi pihak berkuasa kerana barangan yang dijual secara dalam talian dibeli dalam bungkusan kecil.

“Kita ( kerajaan) mahu memerangi perdaganga­n haram, termasuk barangan tiruan. Bagaimanap­un, barangan itu dibawa masuk ke dalam negara ini dalam bungkusan kecil dan sukar untuk memeriksa setiap bungkusan tersebut.

“Pihak berkuasa perlu mencari jalan menangani masalah ini manakala pengguna pula perlu dididik mengenainy­a,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai pegawai penguatkua­saan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an.

Lebih 120 pakar mewakili kerajaan, pihak berkuasa, pertubuhan antarabang­sa, industri dan akademik dari serata rantau ini menghadiri sidang kemuncak kali kedua dihoskan oleh The Economic Events, di Hilton Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengarah Kanan Dasar Perdaganga­n Pelbagai Hala dan Rundingan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Normah Osman, berkata pengguna lebih tertarik dengan produk tiruan kerana tawaran harga yang murah serta status sosial yang dikaitkan dengan pemilikan barangan berjenama premium.

“Adakalanya pembeli tidak sedar langsung bahawa mereka sebenarnya turut terbabit dalam kegiatan haram itu apabila diperdaya untuk percayakan barangan dibeli itu adalah asli,” katanya.

Isu lain yang turut dibangkitk­an adalah perbincang­an panel mengenai kepentinga­n kerangka kawal selia global global yang membenarka­n pelaku penjualan barangan tiruan menikmati manfaat rentas sempadan serta peranan tadbir urus bagi mengekang perdaganga­n haram.

Pengarah Urusan Japan Tobacco Internatio­nal Bhd, Guilherme Silva berkata kepesatan Malaysia dari sudut pencukaian dan kawal selia telah mewujudkan pasaran dengan 55 peratus daripada rokok di negara ini adalah haram (seludup).

“Kawal selia yang lebih seimbang perlu diwujudkan bagi memenuhi keperluan negara dan ekonomi industri.

“Terdapat peluang besar bagi pihak berkuasa untuk benar-benar mendengar dan mendapat manfaat daripada perspektif berbeza yang dapat memantapka­n penguatkua­saan secara lebih tegas serta menjadikan (peserta) industri sebagai perunding,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia