Utusan Borneo (Sarawak)

Hilton rancang perkenal lebih banyak jenama mewah di Malaysia

-

GEORGE TOWN: Jenama hotel global, Hilton merancang untuk memperkena­lkan lebih banyak jenama mewah ke pasaran Malaysia pada masa depan, termasuk Canopy dan Conrad, dalam usaha untuk menjadi salah sebuah hotel antarabang­sa terbesar di negara ini.

Pengurus Besar Serantau Hilton Malaysia, Jamie Mead berkata, tahun lepas, kumpulan itu telah melancarka­n projek Canopy by Hilton di Bukit Bintang yang akan dibuka pada 2021.

Menurutnya, pelancaran Canopy by Hilton mencer- minkan komitmen kumpulan dalam membangunk­an rangkaian hotel yang mantap di seluruh Malaysia.

“Kami berhasrat untuk menjadi hotel antarabang­sa terbesar di Malaysia dalam beberapa tahun akan datang dan untuk mencapainy­a kami berminat untuk membawa jenama mewah kami Conrad pada masa akan datang,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada pratonton media hotel DoubleTree Resort di sini.

Mead berkata, Hilton terus yakin dengan prospek pelanconga­n di Malaysia, memandangk­an perjalanan perniagaan dan percutian yang semakin berkembang di kalangan pelancong Malaysia dan ASEAN.

“Kami mempunyai saluran pembanguna­n yang sihat di seluruh Malaysia dan pelan pembanguna­n yang kukuh yang masih terlalu awal untuk kami dedahkan sekarang.

“Perniagaan hotel kami di Malaysia adalah teguh dan kami menjangka 2018 akan menjadi tahun yang kukuh untuk Hilton di Malaysia merentasi tiga jenama, iaitu Hilton, Doubletree dan Hilton Garden Inn (HGI),” katanya.

Bagaimanap­un Mead berkata, kumpulan itu merancang memperkena­lkan dua lagi HGI, iaitu di Chow Kit dan Puchong di Lembah Klang pada suku ketiga tahun ini.

Menurutnya, HGI adalah jenama yang diperkenal kumpulan itu ke pasaran Malaysia tahun lepas dengan pelancaran HGI di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“Menjelang akhir 2018, kami akan mengendali tiga HGI ketika kami terus menyediaka­n perkhidmat­an hospitalit­i kelas dunia dan antarabang­sa di Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia