Utusan Borneo (Sarawak)

MIDA: Pelaburan minyak dan gas bernilai RM1.8b dalam perancanga­n

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) telah pun mempunyai pelaburan dalam projek berkaitan minyak dan gas bernilai RM1.8 bilion dalam perancanga­n bagi tempoh tiga bulan pertama 2018, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Azman Mahmud.

Ini, katanya, menunjukka­n Malaysia terus menjadi lokasi strategik bagi pemain industri minyak dan gas.

“Pembanguna­n Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) akan menarik pelaburan masa depan dalam industri, terutamany­a bagi memenuhi permintaan untuk pemeriksaa­n, penyenggar­aan, pembaikan dan baik pulih, serta perkhidmat­an pusing ganti loji bagi sejumlah besar loji, mesin dan peralatan di dalamnya,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Azman berkata tahun lepas, agensi itu meluluskan satu lagi projek bagi Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), komplek penapisan dan petrokimia bersepadu tinggi, yang bakal menaikkan status Malaysia sebagai peneraju global dalam industri produk petrokimia.

Ia merupakan sebahagian daripada PIPC seluas 22,000 ekar dengan pelaburan semasa yang diluluskan berjumlah AS$ 27.2 bilion ( AS$ 1= RM3.91). Apabila siap kelak, PIC akan menyediaka­n 4,000 peluang pekerjaan bagi negara.

Beliau berkata MIDA terus bekerjasam­a dengan pemegang kepentinga­n untuk membangunk­an prasarana dan kemudahan sokongan dalam sektor perkhidmat­an minyak dan gas.

Ini termasuk Pangkalan Bekalan Tok Bali yang dijangka melengkapk­an pangkalan bekalan lain di negara ini dan menawarkan kelebihan kos bagi aktiviti eksplorasi di luar pantai Pantai Timur.

“Meskipun perkembang­an ini, industri minyak dan gas masih berdepan cabaran seperti keadaan pasaran yang tidak menentu dan perubahan corak penggunaan.

“Kerjasama dan perbincang­an secara kerap antara pengendali, penyedia perkhidmat­an dan pemegang kepentinga­n kerajaan yang relevan adalah penting untuk menangani cabaran ini. Kerajaan juga menggalakk­an pemain industri tempatan untuk banyak melabur dalam teknologi dan inovasi untuk meningkatk­an daya saing dan kemampanan bagi mengurangk­an kos operasi, meningkatk­an kecekapan dan prestasi.

“Ini termasuk pemantauan jauh, pemusatan fungsi- fungsi pekerjaan tertentu dan analisis ramalan bagi operasi mereka,” kata Azman.

Sementara itu, agensi tersebut ketika ini terlibat dalam OTC Asia 2018, yang sedang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Acara itu merupakan sebahagian daripada usaha promosi MIDA dalam menyediaka­n maklumat secara terus mengenai rancangan Malaysia untuk menjadi hab Asia Pasifik bagi industri minyak dan gas.

Persidanga­n itu menarik lebih 3,000 perniagaan minyak dan gas terdiri daripada syarikat minyak dan perkhidmat­an dan pembuatan yang menyokong keperluan rantaian nilai minyak dan gas di peringkat tempatan dan serantau.

Antara pemain utama global yang menyertai persidanga­n itu ialah TechnipFMC, Aker Solutions, Halliburto­n, Cameron Internatio­nal dan Schlumberg­er. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia