Utusan Borneo (Sarawak)

Prospek industri pajakan aset di Asia cerah

-

KUALA LUMPUR: Prospek industri pajakan aset di Asia dijangka lebih cerah dengan unjuran pertumbuha­n volum tahunan sebanyak 10- 18 peratus, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kewangan dan Perniagaan Antarabang­sa Labuan (Labuan IBFC), Farah Jaafar-Crossby.

Beliau berkata kadar pertumbuha­n itu jelas mencermink­an pertumbuha­n ekonomi berterusan di rantau Asia dan baik bagi masa depan Labuan IBFC sebagai pusat pajakan aset di Asia.

Bercakap pada Simposium Pajakan Aset Labuan IBFC 2018 di sini, kelmarin, beliau juga yakin dengan komitmen pihak Lembaga Perkhidmat­an Kewangan Labuan (Labuan FSA) dalam usaha memastikan Labuan IBFC sentiasa dipertingk­atkan den- gan perkembang­an kawal selia terkini, khususnya yang ditetapkan oleh pelbagai badan termasuk Pertubuhan Kerjasama dan Pembanguna­n Ekonomi.

“Ini jelas terbukti menerusi pelancaran garis panduan baharu oleh Labuan FSA baru-baru ini untuk terus mengukuhka­n persekitar­an operasi industri agar seiring dengan amalan terbaik global serta piawaian antarabang­sa membabitka­n ketelusan serta aspek ekonomi,” katanya.

Farah berkata, antara perubahan penting dalam semakan semula Garis Panduan Penubuhan dan Operasi Pajakan Perniagaan Labuan yang diterbitka­n oleh Labuan FSA adalah syarat asas yang menetapkan syarikat pajakan mewujudkan aktiviti penting dan melaksanak­an fungsi strategik di pulau tersebut.

Menurutnya, ini bagi memastikan syarikat-syarikat pajakan menepati piawaian antarabang­sa.

“Walaupun semakan semula peraturan itu kelihatan lebih tegas, apa yang pasti ia tidak akan mengekang pertumbuha­n sektor pajakan di Labuan IBFC.

Malah, perubahan itu membawa manfaat kepada Labuan IBFC kerana sejajar dengan ketetapan kawal selia di peringkat global.

“Secara ringkasnya, kita melihat pembentuka­n ketelusan dan asas itu sebagai elemen teras untuk semua perniagaan yang beroperasi di Labuan IBFC, terutamany­a apabila mempertimb­angkan kelebihan kos operasi di Malaysia atau Labuan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia