Utusan Borneo (Sarawak)

Surcaj perlu untuk dapatkan kembali kos MDR yang dikenakan bank

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) tidak berpuas hati dengan larangan surcaj terhadap pembayaran melalui kad kredit kerana ia boleh mendatangk­an kesulitan kepada ahlinya dan juga pelancong.

Presidenny­a, Datuk Tan Kok Liang berkata, agensi pelanconga­n dan syarikat pengembara­an beroperasi dengan margin yang rendah, tidak seperti gedung runcit di pusat beli-belah.

“Disebabkan itu, surcaj perlu dikenakan terhadap pembayaran melalui kad kredit untuk memperoleh kembali kos kadar diskaun peniaga (MDR) yang dikenakan oleh bank,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, cara mudah untuk agensi pelanconga­n dan syarikat pengembara­an adalah memasukkan MDR ke dalam harga, tetapi ini tidak adil kepada sebilangan besar pelanggan yang membayar secara tunai, melalui cek atau dalam talian.

“Ia memberi lebih kebaikan kepada pengguna apabila bayaran dikenakan lebih telus dan dikenakan serendah mungkin,” tambahnya.

Tan berkata, tindakan terhadap syarikat pengendali pelanconga­n yang cuba memperoleh kembali kos MDR hanya akan memberi kesan sebaliknya.

“Adalah lebih baik untuk Bank Negara Malaysia memikirkan kemungkina­n menghapusk­an MDR atau mengurangk­an kadarnya untuk jumlah bayaran yang besar.

Ini akan memberi manfaat besar kepada pengguna dan perniagaan, selain memacu pertumbuha­n bayaran tanpa tunai di Malaysia,” katanya.

Namun begitu katanya, ahli MATTA perlu mematuhi kod etika persatuan, termasuk menjalanka­n operasi perniagaan yang sah dengan cara yang adil dan telus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia