Utusan Borneo (Sarawak)

SPB akan jadi syarikat bersekutu TAHB

-

SIBU: Sarawak Plantation Berhad (SPB) akan menjadi syarikat bersekutu Ta Ann Holdings Berhad (TAHB) selepas pemegang sahamnya, TAHB meluluskan pengambila­lihan 30.39 peratus kepentinga­n dalam syarikat tersebut.

Kelulusan pengambila­lihan dengan harga RM169.9 juta atau RM2 sesaham itu dibuat pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) TAHB yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ta Ann Dato K.H. Wong berkata pengambila­lihan itu telah mendapat sokongan besar daripada para pemegang saham mereka.

“Ini adalah selaras dengan rancangan strategi kami untuk terus membangun dan mengembang­kan perniagaan perladanga­n kelapa sawit dan untuk mendapatka­n bahagian pasaran yang lebih besar di Sarawak,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, kedua-dua Pengarah Eksekutif Sa’id Dolah dan Wong Siik Onn, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan Datuk Abang Abdul Karim Abang Openg, kedua-dua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Chia Chu Fatt dan Pengarah Bukan Eksekutif Ting Lina.

Pengambila­lihan itu akan dibiayai oleh pinjaman bank serta dana dalaman.

SPB pada dasarnya terlibat dalam penanaman dan pemprosesa­n kelapa sawit menjadi minyak sawit mentah (CPO) dan kernel sawit (PK).

SPB memiliki 20 ladang sawit, kebanyakan­nya terletak di wilayah utara (Niah) dan wilayah tengah (Mukah) dengan jumlah tanah sebanyak 48,086 hektar, di mana 34,837 hektar telah ditanam (dengan pokok sawit).

Profil usia kelapa sawit yang agak muda kira-kira 41 peratus muda matang dan tidak matang dan 50 peratus matang menawarkan momentum pertumbuha­n yang menjanjika­n dari segi hasil yang lebih tinggi pada tahuntahun akan datang.

Di samping itu Wong berkata, pengambila­lihan 30.39 peratus kepentinga­n dalam syarikat tersebut dilihat sebagai suatu pelaburan strategik untuk TAHB.

“Memandangk­an kekurangan tanah yang besar dan sesuai untuk penanaman kelapa sawit di Sarawak, kami melihat pengambila­lihan ini sebagai pelaburan strategik untuk kumpulan kami,” kata

SPB juga memiliki dan mengendali­kan dua kilang minyak sawit yang terletak di Niah dan Mukah dengan jumlah kapasiti 150 MT / jam.

 ??  ?? SYARIKAT BERSEKUTU: (Dari kiri) Karim, Hamed, Wong dan Sa’id menghadiri EGM TAHB di Sibu.
SYARIKAT BERSEKUTU: (Dari kiri) Karim, Hamed, Wong dan Sa’id menghadiri EGM TAHB di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia