Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis hasrat sasar 10,000 pelajar untuk akses portal ‘eKelas’ pada akhir tahun

-

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd berhasrat mempunyai 10,000 pelajar yang mengakses portal ‘eKelas’ pada akhir tahun dan 100,000 menjelang 2022.

Penyedia perkhidmat­an komunikasi dan Internet itu berkata, sejak dilancarka­n tahun lepas, eKelas kini mempunyai lebih 4,000 pelajar dari segi populasi kelas dan juga yang berinterak­si dalam portal itu.

Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, syarikat itu mempunyai 118 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah jagaannya di seluruh negara dan sehingga kini, 45 PI1M di 10 negeri menyertai program eKelas.

“Semua kakitangan Maxis kami terlibat secara ak- tif dan berbincang dengan pelajar mengenai portal ini, dan membantu mendaftar mereka, jadi kami yakin dapat memperoleh 10,000 pelajar menjelang akhir tahun dan seterusnya 100,000 pelajar juga dapat dicapai,” katanya semasa sidang akhbar selepas menganuger­ahkan ‘Anugerah Gemilang eKelas’ kepada 11 pelajar yang telah menunjukka­n kemajuan besar dalam pelajaran mereka di satu majlis di sini kelmarin.

Anugerah yang dilancarka­n pada November tahun lepas, terbuka kepada semua pelajar yang telah menyertai program eKelas yang di bawah di PI1M.

PI1M, yang dimiliki Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), adalah sebuah pusat Internet yang terletak di kawasan yang kurang mendapat perhatian untuk menyediaka­n akses kepada komuniti sekitar.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi SKMM Tan Sri Dr Halim Shafie.

Halim memuji usaha Maxis dalam membawa program pembelajar­an digital kepada PI1M.

“Ia selaras dengan aspirasi SKMM untuk menjadikan pusat itu hub pembelajar­an untuk masyarakat setempat,” katanya.

Program j angkauan masyarakat, eKelas, memberi tumpuan kepada tiga subjek kritikal, iaitu sains, matematik dan bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan satu, dua dan tiga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia