Utusan Borneo (Sarawak)

Beri peluang golongan berpendapa­tan rendah miliki rumah sendiri: PM

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi komitmen penuh untuk membina satu juta rumah mampu milik untuk rakyat bagi memberi peluang kepada golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ia selaras dengan dengan hasrat kerajaan untuk membina rumah mampu milik khusus bagi kumpulan berpendapa­tan rendah (B40) dan kumpulan berpendapa­tan sederhana (M40).

“Komitmen kerajaan bagi membina rumah telah dipenuhi, di mana 139,338 rumah mampu milik atau 12.5 peratus telah siap dibina, manakala 311,281 rumah atau 28 peratus kini berada dalam pelbagai peringkat pembinaan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengunjung­i Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional anjuran Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), di sini, semalam.

Najib turut menjelaska­n baki sasaran pembinaan rumah mampu milik itu kini sedang dalam proses perancanga­n, pra-kelulusan dan sebagainya.

Di bawah PR1MA, sebanyak 16,000 rumah mampu milik di seluruh negara dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM4 bilion telah berjaya dijual.

Bagi Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M), sasaran pembinaan rumah bagi penjawat awam adalah

Komitmen kerajaan bagi membina rumah telah dipenuhi, di mana 139,338 rumah mampu milik atau 12.5 peratus telah siap dibina, manakala 311,281 rumah atau 28 peratus kini berada dalam pelbagai peringkat pembinaan. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

sebanyak 200,000 unit dan sehingga kini 141,774 unit telah diberikan kelulusan.

“Dalam masa tidak lama lagi sebanyak 200,000 unit akan dapat disiapkan, dan ini adalah termasuk 10,000 unit dikhaskan untuk anggota Polis Diraja Malaysia,” kata Perdana Menteri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata sehingga hujung tahun ini, sebanyak 300,000 unit rumah dijangka diberi- kan kelulusan.

Menurutnya, setakat ini 267,640 unit telah diberikan kelulusan oleh lembaga pengarah, pihak perancang dan sebagainya, jadi sasaran 300,000 unit itu dijangka dapat dicapai.

“Rumah yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran, bagi rumah di Kuala Lumpur, purata harganya adalah antara 30 peratus hingga 40 peratus lebih rendah manakala bagi seluruh negara adalah sekitar 20 peratus hingga 40 peratus,” kata Abdul Mutalib ketika ditemui di ekspo tersebut.

Ekspo tersebut, yang bertemakan “Ekspo Jualan Perumahan-Ke arah Sejuta Impian”, akan diadakan selama sembilan hari. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Najib beramah mesra bersama para penerima ketika melawat ruang pameran Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) PR1MA di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Najib beramah mesra bersama para penerima ketika melawat ruang pameran Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) PR1MA di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia