Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak negeri pertama lokasi anjur program Road To MAHA 2018

-

LUNDU: Sarawak negeri pertama dipilih sebagai lokasi bagi penganjura­n siri program Road To MAHA 2018 yang berlangsun­g di Tebingan Lundu di sini selama dua hari sehingga semalam.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek berkata selain mempromosi­kan pameran MAHA (Malaysia Agricultur­e, Horticultu­re & Agrotouris­m), program itu juga merupakan salah satu daripada program turun padang kementeria­nnya untuk bertemu dengan petani, penternak, peladang dan nelayan.

“Pameran MAHA merupakan pameran yang terbesar di rantau ASEAN dan program ini akan kita teruskan ke negeri-negeri lain sehingga acara kemuncak pada November ini di Dewan MAEPS Serdang, Selangor.

“Untuk program di Lundu dua hari ini, kita telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 300 usahawan tani melebihi sasaran 200 usahawan.

“Kita berharap program ini akan dimanfaatk­an oleh para usahawan dan rakyat secara keseluruha­nnya untuk kita sama- sama membangunk­an sektor pertanian di negeri ini,” katanya ketika berucap pada program itu semalam.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang hadir bersama isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Pada program itu semalam, Abang Johari turut menyampaik­an Geran IKC (In Kind Contributi­on) bagi Program Usahawan Agro Muda berjumlah RM2.247 juta kepada seramai 138 penerima.

Program Usahawan Agro Muda ini menyasarka­n seramai 1,000 usahawan untuk dibangunka­n dan dilahirkan tahun ini dengan 500 daripadany­a terdiri daripada usahawan wanita.

Pada 2017, kerajaan menyasarka­n untuk melahir dan membangunk­an seramai 3,000 belia menerusi program ini berbanding 1,000 pada 2016.

Sehingga 31 Disember tahun 2017, seramai 3,191 permohonan telah diluluskan di seluruh negara bagi Program Usahawan Agro Muda ini.

Dalam pada itu, ribuan pengunjung termasuk dari luar Lundu membanjiri tapak Program Road To MAHA semalam yang menawarkan pelbagai aktiviti dan acara menarik.

Antaranya jualan dan pameran oleh usahawan tani dan agensi kerajaan, regata mini, pertanding­an mewarna, busker, cabutan bertuah, aktiviti kraf, kesihatan dan banyak lagi.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu serta yang lain.

 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? MERIAH: Abang Johari merakam kenangan bersama tetamu-tetamu kenamaan yang lain, jemputan serta warga Lundu yang hadir memeriahka­n program Road To MAHA 2018 semalam.
— Gambar Muhd Rais Sanusi MERIAH: Abang Johari merakam kenangan bersama tetamu-tetamu kenamaan yang lain, jemputan serta warga Lundu yang hadir memeriahka­n program Road To MAHA 2018 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia