Utusan Borneo (Sarawak)

MoU langkah penyatuan

Dr Annuar percaya ia telah lama dinanti-nantikan rakyat, khasnya oleh masyarakat Cina

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sayap Bumiputera Dr Annuar Rapa’ee menganggap pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) adalah langkah pertama untuk menyatukan kedua-dua parti berkenaan.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi itu percaya langkah tersebut telah lama dinantikan rakyat, khasnya dalam kalangan masyarakat Cina.

“Saya secara peribadi berasa senang hati dengan perkara ini, lebih-lebih lagi PRU (Pilihan Umum Ke-14) yang semakin dekat.

“Ini bukan hanya apa yang dimahukan BN ( Barisan Nasional), tetapi apa yang lebih penting adalah apa yang rakyat mahu, terutama masyarakat Cina yang mahu melihat penyatuan antara kedua-dua parti ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Tayangan Maraton DragonBall Super di Taman Selera Harmoni, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pemeteraia­n MoU antara UPP dan SUPP barubaru ini di Kuching.

MoU berkenaan masingmasi­ng ditandatan­gani presiden kedua-dua parti, iaitu Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian dan Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh di ibu pejabat PBB selepas mesyuarat Majlis Tertinggi BN Negeri.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Tun Openg telah menyaksika­n pemeteraia­n MoU tersebut.

Pada masa yang sama, Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berpendapa­t langkah itu juga akan memulihkan keyakinan masyarakat Cina terhadap BN.

Dengan MoU berkenaan, katanya kedua- dua parti tersebut harus bersama-sama bertanggun­gjawab untuk mencari jalan penyelesai­an untuk sebarang perbezaan dan bersatu menjadi sebuah parti yang lebih kukuh.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai peluang untuk menawan kembali kedua-dua kerusi Parlimen Sibu dan Lanang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang, beliau menjawab peluangnya adalah semakin cerah.

“Dengan keyakinan yang baharu terutama dalam kalangan masyarakat Cina terhadap calon BN dan disokong kuat kedua-dua parti dan parti komponen yang lain, peluang untuk menang itu sangat cerah,” katanya.

Saya secara peribadi berasa senang hati dengan perkara ini, lebih-lebih lagi PRU (Pilihan Umum Ke14) yang semakin dekat.” Dr Annuar Rapa’ee Naib Presiden PBB

 ??  ??
 ??  ?? SIAPA MENANG?: Dr Annuar (tengah) melakukan cabutan bertuah pada Program Tayangan Maraton DragonBall Super, malam kelmarin.
SIAPA MENANG?: Dr Annuar (tengah) melakukan cabutan bertuah pada Program Tayangan Maraton DragonBall Super, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia