Utusan Borneo (Sarawak)

Balai Polis Matang akan dibina tidak lama lagi

-

KUCHING: Balai Polis Matang yang sudah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM24 juta, bakal dibina tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superinten­den Merbin Lisa berkata projek tersebut kini sudah dalam peringkat kelulusan tender untuk melantik pemaju yang berkelayak­an dan berkemampu­an melaksanak­annya.

“Pembinaan balai polis ini dijangka mengambil masa dua tahun dan apabila siap, ia akan beroperasi selama 24 jam bagi menyediaka­n perkhidmat­an kepada penduduk di kawasan Matang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padawan daripada Inspektor Mansur Rahman kepada ASP Joshua Masing Lugoh, yang disaksikan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundanga­n) Kontinjen Sarawak Dennis Leong Soon Kuai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dekat sini, semalam.

Merbin menambah apabila siap, Balai Polis Matang yang akan dibina di tapak seluas 1.7 hektar dijangka dilengkapi blok pentadbira­n termasuk kuarters anggota yang ditempatka­n di situ.

Bagaimanap­un, katanya jumlah anggota yang akan ditempatka­n di balai polis itu masih belum ditentukan lagi.

“Kekuatan asal yang ditetapkan adalah seramai 160 anggota tetapi kemungkina­n dikurangka­n kepada kurang 100 anggota, namun kami masih berbincang mengenainy­a” katanya.

Merbin berkata pada masa ini, hanya sebuah pondok polis yang beroperasi di kawasan Matang dengan menyewa di unit kedai dan hanya mempunyai kekuatan lima anggota sahaja.

“Pondok polis ini hanya beroperasi sehingga jam 5 petang kerana anggota tidak mencukupi... itu pun kami ambil dari kekuatan Balai Polis Batu Kawa untuk membantu terutama dalam pencegahan jenayah,” katanya.

 ??  ?? SERAH: Leong (tengah) menyaksika­n Joshua (kiri) dan Mansur (kanan) melakukan gimik serah terima tugas jawatan ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padawan.
SERAH: Leong (tengah) menyaksika­n Joshua (kiri) dan Mansur (kanan) melakukan gimik serah terima tugas jawatan ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia