Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai eksport lada mencecah RM400 juta tahun lepas

-

TELUK INTAN: Nilai eksport lada keluaran Malaysia berjumlah RM400 juta pada tahun lepas, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata, nilai eksport yang memberangs­angkan itu adalah hasil permintaan tinggi dari negara luar yang yakin dengan kualiti lada keluaran Malaysia yang mana Sarawak merupakan pengeluar utama.

Menurutnya, antara negara utama yang mengimport hasil komoditi itu ialah Eropah, China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura dan produk berasaskan lada keluaran negara juga telah mula menembusi pasaran Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

“Sehingga kini, terdapat seramai 16,725 pekebun kecil persendiri­an komoditi itu membabitka­n kawasan tanaman seluas 17,087 hektar di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Koko dan Lada di Dataran Menara Condong Teluk Intan, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Mah berkata sejumlah RM10 juta diperuntuk­kan kerajaan persekutua­n untuk melaksanak­an Skim Tanaman Baharu Lada di bawah projek pembanguna­n penanaman lada.

Menurutnya kira- kira 4,000 pekebun lada seluruh negara menyertai skim berkenaan yang menawarkan nilai bantuan sebanyak RM26,000 sehektar bagi tempoh dua tahun.

“Peruntukan itu diberikan dalam bentuk input pertanian, keratan lada, tiang sokongan serta khidmat nasihat kepada pekebun lada yang terbabit dengan skim tersebut.

“Saya berharap lebih ramai rakyat di negara ini yang akan menceburi bidang penanaman lada sekali gus ia menjadikan salah satu sumber meningkatk­an pendapatan isi rumah,” katanya.

Sementara itu, Mah berkata Lembaga Koko Malaysia memperuntu­kkan bantuan sejumlah RM8,000 sehektar secara ‘one-off’ (sekali) kepada pekebun koko yang berminat untuk menanam komoditi tersebut di bawah Program Pembanguna­n Kluster Koko.

“Bantuan itu diberikan dalam bentuk input pertanian seperti pemberian anak benih koko dan peralatan koko bagi tempoh setahun,” katanya.

Beliau berkata ketika ini terdapat seramai 2,908 pekebun kecil membabitka­n kawasan tanaman seluas 3,060 hektar.

Menurutnya, koko merupakan penyumbang pendapatan eksport keempat terbesar kepada negara selepas minyak sawit, getah dan kayu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia