Utusan Borneo (Sarawak)

65 gerai sertai Karnival Jualan Sentuhan Rakyat

-

SANDAKAN: Sebanyak 65 gerai telah menyertai Karnival Jualan Sentuhan Rakyat DUN Tanjung Papat yang dianjurkan oleh pergerakan Wanita UMNO Sandakan di Pasar SimSim, di sini pada Sabtu.

Ia merupakan penganjura­n kali kedua bagi Parlimen Sandakan. Sebelum ini, karnival sama telah diadakan di kawasan tempat letak kereta bersebelah­an Sekolah Menengah Yu Yuan pada bulan lepas.

Berucap merasmikan karnival itu, Setiausaha Bahagian UMNO Sandakan Hamdan Dikong berkata, inisiatif seumpama itu secara tidak langsung memberi kemudahan kepada rakyat untuk mendapatka­n bekalan makanan kering dan basah dengan mudah serta murah berbanding harga runcit.

Beliau berkata, usaha itu amat baik kerana sebagai pergerakan berasaskan politik, Wanita UMNO tidak hanya mengutamak­an aktiviti politik, sebaliknya turut memberi perhatian kepada kebajikan rakyat.

“Selain dapat membeli pelbagai barang dengan harga yang lebih murah, penduduk setempat juga berpeluang berjumpa dan beramah mesra dengan pemimpin setempat. Sambil membeli-belah, mereka dapat bertukar-tukar pendapat mengenai pelbagai isu bersama para pemimpin,” katanya.

Terdahulu, Ketua Wanita UMNO Sandakan Noraini Sulong memberitah­u karnival berkenaan akan diadakan secara berperingk­at-peringkat dengan menyasarka­n kawasan perumahan awam.

Di samping aktiviti jualan, turut diselitkan adalah pemberian cermin mata secara percuma di mana setakat ini seramai 350 peserta telah mendapat manfaat.

Antara gerai jualan yang dibuka termasuk gerai menjual beras, minyak masak, tepung, gula, susu, sayur-sayuran, ikan, ayam, telur, kuih tradisiona­l, dan buah-buahan.

Turut dibuka ialah gerai pakaian terpakai, gerai pakaian muslimah, gerai pakaian kanakkanak serta gerai makanan dan minuman.

Karnival berkenaan turut dimeriahka­n dengan cabutan bertuah serta persembaha­n seni silat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia