Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN Tanjung Papat prihatin kebajikan masyarakat

-

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah sentiasa cakna terhadap kebajikan masyarakat Kampung Melayu Bumiputera.

Pihak ADUN Tanjung Papat itu akan terus komited dalam usaha membantu dan menyalurka­n sumbangan kepada golongan memerlukan menerusi program ziarah oleh wakil Raymond iaitu Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tanjung Papat Wong Chee Kiat.

PendudukKa­mpungMelay­u Bumiputera melahirkan penghargaa­n kepada wakil rakyat itu yang prihatin dan tidak putusputus menyalurka­n bantuan seperti bahan binaan untuk membaik pulih rumah.

Baru-baru ini, Raymond telah meluangkan masa menyantuni penduduk di sekitar Jambatan 18. Ekoran daripada lawatan itu, beberapa rumah telah dikenal pasti memerlukan bantuan segera.

Oleh itu, Wong dan Pegawai Perhubunga­n Pejabat ADUN Tanjung Papat Datuk Henry Hung bersama Ahli Majlis Perbandara­n Sandakan Ang Lian Hook telah meninjau rumah-rumah yang dikenal pasti untuk mendapatka­n maklumat berhubung jenis bantuan yang diperlukan.

Antara penerima sumbangan ialah Awang Kinit Sukor, 56, Noorsalleh Sir Mohammad, 53, dan Sarimah Entong, 50.

Wong mewakili Raymond telah menyampaik­an sumbangan bahan binaan rumah kepada penerima sumbangan di Jambatan 18 sekali gus sebagai menepati janji dan seterusnya agar keselamata­n dan keselesaan penerima terjamin.

Turut hadir, Ketua Kampung Melayu Bumiputera Abd Bakar Awang Damit bersama kakitangan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tanjung Papat.

 ??  ?? PRIHATIN: Wong (kanan) menyerahka­n bahan binaan rumah kepada penerima sambil diperhatik­an oleh Abd Bakar bersama kakitangan UPPM Tanjung Papat.
PRIHATIN: Wong (kanan) menyerahka­n bahan binaan rumah kepada penerima sambil diperhatik­an oleh Abd Bakar bersama kakitangan UPPM Tanjung Papat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia