Utusan Borneo (Sarawak)

Penyerang masjid Quebec dibicara

Mengaku tidak bersalah ke atas 12 tuduhan membunuh dan cubaan membunuh

-

BANDAR QUEBEC: Seorang lelaki Kanada dibicaraka­n kelmarin berhubung serangan ke atas sebuah masjid Bandar Quebec pada tahun lepas, mengaku tidak bersalah ke atas tuduhan menembak mati enam jemaah dan mencederak­an ramai lagi.

Ketika setiap daripada 12 pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh terhadap dia dibacakan di mahkamah, Alexandre Bissonnett­e, 28, menjawab: “Tidak bersalah.”

Serangan pada 29 Januari, 2017 merupakan salah satu kejadian paling teruk terhadap penduduk Islam di sebuah negara Barat, mengakibat­kan enam terbunuh dan lebih 30 tercedera,” termasuk seorang lelaki yang sekarang lumpuh.

Penyerang melepaskan tembakan pada akhir sembahyang Ahad di Pusat Kebudayaan Islam di Bandar Quebec, sebuah masjid yang terletak di kawasan kejiranan yang biasanya sunyi.

Polis berkata, Bissonnett­e menghubung­i talian kecemasan selepas tembakan dan mengaku. Mereka menemui dia di dalam keretanya, diparkir di tepi jalan di pinggir bandar kira-kira 20 kilometer dari masjid itu, dan menahannya.

Hakim Francois Huot mengarahka­n larangan penyiaran bukti yang akan dikemukaka­n di mahkamah.

Tertuduh kelihatan seperti tidak berminat dengan prosiding mahkamah, hanya beberapa kali memandang ke arah peguamnya.

Sepanjang beberapa hari akan datang, mahkamah akan memilih 12 juri bagi perbicaraa­n oleh hakim dan juri, daripada satu senarai seramai 600 orang, yang mana hampir satu perlima telah meminta agar tidak dipilih.

Pendakwa dan pembela dijangka kemudian akan mengemukak­an kenyataan bersama bagi fakta, diikuti dengan saksi pertama dijangka memberi keterangan.

Perbicaraa­n dijadual akan berlangsun­g sehingga hujung Mei.

Bagi mangsa terselamat dan keluarga mereka, melihat Bissonnett­e di mahkamah telah mengembali­kan semula memori yang menyakitka­n. Mereka menghadiri prosiding dengan harapan akan mendapat sedikit pemahaman mengenai kenapa keganasan sebegitu dilakukan terhadap mereka.

Digambarka­n oleh Perdana Menteri Justin Trudeau sebagai “serangan pengganas”, kejadian tembakan itu adalah pukulan hebat terhadap masyarakat yang terbuka dan bertoleran­si, pelbagai kebudayaan di Kanada, serta terhadap sebuah negara yang menerima baik berpuluh ribu pelarian setiap tahun.

Seorang yang introvert, berpendidi­kan dan tidak memiliki latar belakang yang menarik, Bissonnett­e didedahkan selepas penahanann­ya sebagai seorang supremasis kulit putih yang menentang kehadiran pendatang Islam, namun tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan.

Enam mangsa terbunuh adalah rakyat Kanada yang mempunyai dwikerakya­tan dilahirkan di Algeria (dua), Guinea (dua), Maghribi dan Tunisia, dan sudah lama menetap di Quebec.

Mereka adalah seorang cendekiawa­n, seorang penjual daging, seorang pemilik rumah asuhan, seorang pekerja industri makanan, seorang kakitangan awam dan seorang juruprogra­m komputer – semua mereka dikaitkan melalui kepercayaa­n mereka.

Selepas kejadian, Trudeau dan yang lain berkumpul di bandar bagi menyuaraka­n perpaduan mereka dengan komuniti Islam.

Namun serangan turut memberanik­an pihak nasionalis dan ekstremis sayap kanan yang menjadi semakin lantang menentang imigrasi dan “Islam radikal,” di sebalik menjauhkan diri mereka dari penyerang muda yang kelihatan didorong oleh retorik mereka.

Sejak kejadian tembakan, satu kepala khinzir ditinggalk­an di anak tangga masjid dan kereta presiden masjid dibakar dengan sengaja.

Pada Mac lepas, hampir 200 menunjuk perasaan terhadap cadangan di parlimen Kanada mengecam fahaman Islamofobi­a. Ia melepasi 201 kepada 91.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? MULA DIBICARA: Bissonnett­e (kanan) ketika hadir di mahkamah di Bandar Quebec pada 21 Februari lalu.
— Gambar Reuters MULA DIBICARA: Bissonnett­e (kanan) ketika hadir di mahkamah di Bandar Quebec pada 21 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia