Utusan Borneo (Sarawak)

UPACARA ‘NAPOK’ MOHON RESTU KERJA MEMBAIKI JALAN DI BELAGA

-

UPACARA ‘Napok’ atau miring diadakan untuk memohon kepada tuhan agar memberi keselamata­n, melindungi pemimpinpe­mimpin dan penduduk serta merestui kerja-kerja membaiki jalan dari Simpang Menjawah sehingga pekan Belaga, baru-baru ini.

Upacara berdoa kepada Bungan (tuhan penganut agama Bungan) dilakukan oleh Ketua Dayong (guru untuk penganut Bungan) MU Lato Juman berdekatan jambatan Sungai Tebavan, Belaga.

Sementara itu, bagi menjamin keadaan di tempat tersebut selamat, Ketua Polis Daerah Belaga ASP Melay Tingom dan rombongann­ya telah pergi ke tempat itu sehari sebelum upacara diadakan dan terus bermalam di sana.

Penyelia projek untuk kerja membaiki jalan terse- but Tang Ai Teck ketika ditanya media Jabatan Penerangan berkata: “Kami sekarang hanya membaiki bahagian jalan-jalan yang berlubang sahaja.

“Kerja membuat jalan yang sebenarnya hanya akan dilakukan sebaik sahaja pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) selesai membuat rekaan serta spesifikas­i untuk jalan tersebut.”

Pegawai Menguasa JRK Belaga Felix Jebbi Juma pula menjelaska­n bahawa rekaan serta spesifikas­i jalan tersebut dijangka siap selepas pertengaha­n tahun ini.

Menurut Kaunselor Bete Lahang, pihak Majlis Daerah Kapit akan membina pondok rehat berdekatan Sungai Tebavan itu sebagai tempat berehat untuk pengguna jalan raya sebelum meneruskan perjalanan ke Belaga atau ke Bintulu.

Turut hadir pada upacara tersebut ialah SAO Zain Rocky, Temenggung Ajang Sirek, Pemanca Unak Akah, Penghulu Surat, Penghulu Jackson Kubang, Kaunselor Daniel Levoh, Kaunselor Bete Lahang, MU Lejau Sirek, Kapitan Teo, Pegawai Penerangan Daerah Belaga Luhat Lihan, Penyelia Hanayin Engineerin­g Sdn Bhd Kuching Jacky Ng dan Penyelia Hanayin Engenierin­g Sdn Bhd Bintulu David Hwong.

 ??  ??
 ??  ?? MOHON PERLINDUNG­AN: Lato berdoa kepada Bungan.
Lato (dua kiri) bergambar kenangan dengan Teo ( dua kanan) dan Jackson (kanan). SANTAI: Lato (tiga kiri) berehat bersama Teo (duduk kanan), Jacky (duduk, dua kanan), Lejau (duduk, tiga kanan), Unak...
MOHON PERLINDUNG­AN: Lato berdoa kepada Bungan. Lato (dua kiri) bergambar kenangan dengan Teo ( dua kanan) dan Jackson (kanan). SANTAI: Lato (tiga kiri) berehat bersama Teo (duduk kanan), Jacky (duduk, dua kanan), Lejau (duduk, tiga kanan), Unak...
 ??  ?? KUSYUK: Lato berdoa sambil memegang beras berwarna-warni untuk makanan Bungan. KERJASAMA:
KUSYUK: Lato berdoa sambil memegang beras berwarna-warni untuk makanan Bungan. KERJASAMA:
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHON BERKAT: Lato (depan) berdoa kepada Bungan sambil disaksikan Ajang (tiga kanan) Zain (empat kanan) dan Melay (kiri).
MOHON BERKAT: Lato (depan) berdoa kepada Bungan sambil disaksikan Ajang (tiga kanan) Zain (empat kanan) dan Melay (kiri).
 ??  ?? BERI MAKAN: Lato melempar beras berwarna-warni untuk makanan Bungan selepas berdoa.
BERI MAKAN: Lato melempar beras berwarna-warni untuk makanan Bungan selepas berdoa.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N: Sebahagian daripada barang yang dipersemba­hkan kepada Bungan.
PERSEMBAHA­N: Sebahagian daripada barang yang dipersemba­hkan kepada Bungan.
 ??  ?? MEMBANTU: Isteri Zain (kanan) dan rombongan menyediaka­n tempat duduk.
MEMBANTU: Isteri Zain (kanan) dan rombongan menyediaka­n tempat duduk.
 ??  ?? TRADISI: Lato berdoa kepada Bungan dengan menggunaka­n telur.
TRADISI: Lato berdoa kepada Bungan dengan menggunaka­n telur.
 ??  ?? SELESAI: Lato dan rombongan menyempurn­akan upacara Napok.
SELESAI: Lato dan rombongan menyempurn­akan upacara Napok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia