Utusan Borneo (Sarawak)

Hormati keluarga, CMS tidak akan komen kemalangan di Pan Borneo buat masa ini

-

KUCHING: CMS mahu menghormat­i ahli keluarga mangsa kemalangan di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Kilometer 76 Jalan Sarikei-Betong awal pagi kelmarin, justeru tidak akan memberi komen buat masa ini.

CMS menerusi kenyataan akhbarnya semalam berkata, pihaknya atau pihak berkuasa akan memberi perincian berkaitan insiden itu pada masa yang bersesuaia­n kerana menghormat­i ahli keluarga mangsa yang sedang meratapi kehilangan­nya sekarang.

Menurut kenyataan itu, mangsa yang berasal dari Rumah Dana, Nanga Malong telah cuba dibantu oleh responden kecemasan pihak CMS di tapak.

Pegawai petugas kecemasan dan subkontrak­tor telah membawa mangsa ke hospital dan mencuba sedaya mungkin menyelamat­kan nyawa beliau, namun gagal.

“Pihak CMS amat sedih dengan kehilangan salah seorang ahli keluarga ketika melaksanak­an tugas membantu lalu lintas trafik di seksyen tapak projek Lebuh Raya Pan Borneo apabila beliau dilanggar oleh sebuah kenderaan.

“Fokus utama kita adalah untuk menyediaka­n bantuan dan sokongan kepada keluarga mangsa, yang mana hati dan doa kami untuk ahli keluarga yang sedang merundung kesedihan.

“Pegawai Pengurusan Kanan CMS sudah berada bersama keluarga mangsa bagi memberi bantuan yang diperlukan di sana.

“Ketua HSSE dan Jabatan Sumber Manusia juga sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa seperti PDRM dan DOSH untuk mengumpul dokumen dan butiran terperinci mengenai insiden tragik berkenaan,” kata kenyataan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia