Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda dipenjara tujuh bulan kerana ugutan jenayah, gagal perjelas harta dipercayai dicuri

-

SIBU: Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhka­n hukuman lima bulan penjara terhadap seorang pemuda mengaku bersalah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah, Rabu lalu.

Majistret Saiful Sayoti turut menjatuhka­n hukuman dua bulan penjara terhadap tertuduh, Zainal Ibrahim, 26, atas tuduhan gagal memberi penjelasan berhubung tong gas dan motosikal dipercayai harta curi.

Mengikut pertuduhan, Zainal didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Rapain Jerin dengan mengacukan parang ke arahnya pada 21 Mac lalu, kira-kira jam 6.30 petang di Lorong 2, Kampung Jeriah.

Bagi pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara bagi pertuduhan gagal memberi penjelasan berhubung tong gas dan mo- tosikal, tertuduh dituduh melakukan kesalahan itu pada tarikh dan masa sama di Jalan Taman Bumi Indah.

Untuk pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 37(1), Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda RM500.

Mengikut fakta kes, Rapain terlihat seorang lelaki iaitu tertuduh menunggang sebuah motosikal keadaan mencurigak­an berhenti di tepi jalan membawa sebuah tong gas.

Pengadu kemudian menghampir­i tertuduh dan bertanya siapakah pemilik tong gas itu. Mendengar pertanyaan itu, tertuduh kemudian mengacukan parang ke arah pengadu sebelum melarikan diri.

Dengan bantuan penduduk kampung, mereka berjaya menangkap tertuduh di persimpang­an Jalan Taman Bumi Indah.

Tertuduh kemudian diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia