Utusan Borneo (Sarawak)

Jasa, sumbangan Yeoh kepada Sibu tidak dapat dinafi: Stanley

-

SIBU: Jasa dan sumbangan Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Sibu DSP Yeoh Chun Shyan tidak dapat dinafikan terutama dalam menjaga keselamata­n dan ketenteram­an awam di daerah ini.

Ketua Polis Daerah ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, Yeoh, 37, yang bertugas selama 10 tahun di sini telah menampilka­n prestasi kerja cemerlang.

“Saya ingin menzahirka­n ucapan terima kasih kepada Yeoh yang telah menunjukka­n perkhidmat­an cemerlang di sini.

“Pada masa sama, saya yakin ketua JSJ selepas ini akan turut menunjukka­n prestasi yang sama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyaksika­n majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Sibu di antara Yeoh dan pemangku baharu, ASP Sylvarius Gopog di Bilik Mesyuarat IPD Sibu, pagi semalam.

Yeoh akan menjawat tugas baharu sebagai Pegawai Turus Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka berkuat kuasa Isnin depan.

Stanley berkata, walaupun dalam tempoh singkat di bawahnya, Yeoh ternyata mempunyai sikap positif serta disiplin tinggi yang sinonim dengan keperibadi­an beliau. “Ini terbukti apabila beliau berjaya menerajui pasukan JSJ IPD Sibu untuk mencapai sasaran seperti yang ditetapkan.

“Semestinya dalam tempoh beliau berkhidmat sebagai KBSJD di sini, banyak kejayaan yang telah dicapai, malah beliau (Yeoh) telah berjaya membantu melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan di daerah ini,” katanya.

Untuk rekod, Yeoh pernah menyertai pasukan keselamata­n dalam misi Ops Daulat ketika peristiwa penceroboh­an pengganas di Lahad Datu, Sabah pada Februari 2013 dan terlibat dalam pasukan penyiasata­n nahas MH370 yang sehingga kini masih dalam siasatan.

Terdahulu, Yeoh yang berasal dari Kuala Lumpur mengimbau kembali perasaan beliau sebelum datang ke sini ketika bertugas sebagai pegawai penyiasat di Ipoh, Perak pada 2008. “Saya amat gementar dan tertekan ketika mendapati saya akan dipindahka­n ke sini sebagai KBJSD.

“Ini kerana Sibu ketika itu dikatakan sebagai sebuah bandar gengster,” katanya.

Disebabkan perasaan itu katanya, beliau cuba menangguhk­an pertukaran­nya. Namun, bekas KBSJD di sini ketika itu telah mengubah segalanya.

“Beliau telah memberi semangat dan mendorong saya untuk menepis segala keresahan untuk menyahut cabaran baharu menjadi KBSJD di Balai Sentral di sini,” jelasnya.

Akhirnya, Yeoh menerima pertukaran itu sebagai satu cabaran untuk menimba pengalaman dengan pengetahua­n menjadi pegawai penyiasat untuk melaksanak­an tugasnya.

“Saya akan terus komited selagi bersama PDRM dan terima kasih kepada pasukan JSJ yang telah banyak memberi kerjasama serta semua warga polis di sini,” tambahnya.

 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Yeoh (kiri) menyerah tugas kepada Sylvarius sambil disaksikan oleh Stanley, pagi semalam.
SELAMAT MAJU JAYA: Yeoh (kiri) menyerah tugas kepada Sylvarius sambil disaksikan oleh Stanley, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia