Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia di landasan betul untuk mencapai pertumbuha­n produktivi­ti 3.7 peratus

-

KUCHING: Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai pertumbuha­n produktivi­ti 3.7 peratus menjelang 2020, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut beliau, ia apabila prestasi produktivi­ti buruh Malaysia mencatat pertumbuha­n 3.6 peratus pada tahun lepas kepada RM81,039 berbanding pertumbuha­n 3.5 peratus iaitu RM78,244 pada 2016.

“Sasaran ini bertepatan dengan sasaran pertumbuha­n produktivi­ti seperti yang dinyatakan dalam Malaysia Productivi­ty Blueprint (MPB) yang telah dilancarka­n perdana menteri pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail sempena Majlis Graduasi Program Pembanguna­n Sistem Kali Pertama MPC Wilayah Sarawak 2018 di MPC Sarawak, dekat sini semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan turut menyifatka­n produktivi­ti merupakan ‘Game Changer’ di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020 untuk menggerakk­an Malaysia ke arah ekonomi maju dan negara inklusif.

Justeru, beliau menggesa organisasi khususnya di Sarawak sentiasa meningkatk­an produkviti masingmasi­ng.

“Produktivi­ti amat penting untuk kejayaan jangka panjang organisasi.

“Peningkata­n produktivi­ti akan menambah baik keupayaan daya saing dan keuntungan organisasi untuk memastikan perniagaan kekal relevan,” katanya.

Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua itu juga berkata, MPC Sarawak telah menjadualk­an 56 program pembanguna­n kapasiti pada tahun ini bermula dengan program tahap asas, tahap yang disyorkan dan tahap lanjutan.

Beliau menambah, program-program ini dibahagi kepada tiga kategori mengikut kumpulan sasar iaitu pengurusan kanan, pengurusan pertengaha­n dan bukan eksekutif dan pelaksana.

“Oleh yang demikian, saya menyaranka­n agar organisasi di Sarawak memanfaatk­an program-program produktivi­ti MPC Sarawak,” katanya.

Hadir sama Pengarah MPC Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia