Utusan Borneo (Sarawak)

SPR sedang siasat isu pengundi ‘tertua’ di Sarawak

-

KUCHING: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) sedang menyiasat isu pengundi ‘tertua’ di Sarawak seperti dibangkitk­an beberapa pihak termasuk parti politik di negeri ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Pegawai Perhubunga­n Awam SPR Sabri Said ketika dihubungi semalam.

“Isu ini sedang disiasat. Hasil siasatan penuh nanti akan kita maklumkan,” ujarnya ringkas.

Beberapa parti politik di negeri ini memohon penjelasan daripada SPR berhubung isu pengundi ‘tertua’ di Sarawak.

Isu itu mula menjadi perhatian selepas Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Abdul Aziz Isa dalam satu portal berita berkata, beliau menemui penemuan ‘misteri’ yang meragukan.

Aziz dipetik sebagai berkata beliau meneliti laman web rasmi SPR yang menyenarai­kan butiran peribadi para pengundi di Sarawak kelmarin (Isnin), ‘ terkejut’ dengan umur seorang pengundi, Mohd Said Mohd Arshad.

Menurut laman web tersebut, Mohd Said dilahirkan pada 1 Januari 1868, dengan nombor kad pengenalan yang tertera membuktika­nnya.

Aziz berkata, pengundi berkenaan didaftarka­n di daerah mengundi Krokop yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut dan Parlimen Miri.

“Jika maklumat ini sah seperti yang dinyatakan, ini bermakna Malaysia kini memegang rekod dunia kerana mempunyai warganegar­a berusia 150 tahun,” katanya.

Rentetan itu semalam beberapa parti politik mahu penjelasan daripada SPR berhubung perkara itu. KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib selamat tiba di lapangan Hornbill Skyways Hanger semalam.

Beliau yang menunaikan ibadah umrah bermula 15 Mac lalu diiringi Menteri Muda E-dagang dan Menteri Muda Keusahawan­an dan Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais.

Ketibaan Tun Taib disambut Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Tan Sri Datuk Amar James Masing dan bacaan doa terus dibaca oleh Imam Besar Negeri Ustaz Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Turut hadir bersama Menteri Perdaganga­n Antara- bangsa dan E-Dagang dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil, Mufti Negeri Datu Kipli Yassin dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha.

 ??  ?? MOHON KEBERKATAN: Tun Taib bersama isteri mengaminka­n bacaan doa oleh Ustaz Mustapha sebaik tiba di Kuching semalam.
MOHON KEBERKATAN: Tun Taib bersama isteri mengaminka­n bacaan doa oleh Ustaz Mustapha sebaik tiba di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia