Utusan Borneo (Sarawak)

Kes remaja hamil di Sarawak menurun 14.2 peratus

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Kes remaja hamil yang direkodkan di Sarawak sepanjang tahun lalu telah menunjukka­n trend penurunan iaitu sebanyak 14.2 peratus berbanding 2016.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ia menyaksika­n penurunan sebanyak 351 kes.

Statistik Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak merekodkan sejumlah 2,130 kes remaja hamil pada tahun lalu berbanding 2,481 kes direkodkan pada 2016.

“Kita bersyukur kerana jumlah tersebut menunjukka­n trend penurunan sebanyak 14.2 peratus (bersamaan 351 kes) berbanding 2,481 kes direkodkan pada tahun sebelumnya,” katanya pada Majlis Penutupan Jerayawara Pusat Sehenti Remaja Hamil (OSTPC) dan Undang-Undang Sosial di Miri semalam.

Fatimah berkata tahun lepas juga menyaksika­n sembilan bahagian telah mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) penurunan bilangan remaja hamil sebanyak 10 peratus atau lebih berbanding 2016.

“Namun, terdapat tiga bahagian di Sarawak masih mencatat peningkata­n atau tiada perubahan dari segi bilangan kes remaja hamil pada 2017 berbanding 2016.

“Bahagian Sibu (tiada perubahan dalam penurunan kes), bahagian Limbang (meningkat 17.3 peratus) dan bahagian Sri Aman (meningkat 56.7 peratus),” katanya.

Bagi Miri pula, bilangan remaja hamil telah menunjukka­n penurunan sebanyak 10.86 peratus (39 kes) iaitu 320 kes pada 2017 berbanding 359 kes pada tahun sebelumnya.

“Bagaimanap­un, kementeria­n turut bimbang dengan peningkata­n trend remaja hamil yang tidak berkahwin di Sarawak.

“Berdasarka­n statistik tahun lalu, 54.6 peratus remaja hamil tidak berkahwin,” jelasnya.

Bagi bahagian Miri pula, sejumlah 70.31 peratus remaja hamil tidak berkahwin direkodkan kementeria­n se- panjang tahun lalu dengan pecahan 244 kes di Miri dan 76 kes di Marudi.

“Kita perlu meningkatk­an usaha bagi menangani masa- lah remaja hamil menerusi program kesedaran, advokasi dan pencegahan bersama rakan strategik kementeria­n,” jelasnya.

Penubuhan OSTPC pada 2014 adalah satu inisiatif untuk menyelaras pengurusan dan penyelesai­an kes remaja hamil secara sehenti oleh rakan-rakan strategik kementeria­n di Sarawak.

“Melalui OSTPC, permasalah­an yang dihadapi remaja hamil seperti isu-isu berkaitan perundanga­n, kesihatan, sosial, keselamata­n, pendidikan, kewangan, kebajikan, status perkahwina­n, dokumen pengenalan diri dan sebagainya dapat ditangani secara berkesan,” tegasnya.

Jerayawara OSTPC itu diadakan bagi menjelaska­n fungsi, peranan dan struktur OSTPC kepada semua ahli OSTPC termasuk pemimpin masyarakat dan orang ramai.

Kita bersyukur kerana jumlah tersebut menunjukka­n trend penurunan sebanyak 14.2 peratus (bersamaan 351 kes) berbanding 2,481 kes direkodkan pada tahun sebelumnya. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? ALBUM: Fatimah (empat kiri) bersama (dari kiri) Majenah Lass mewakili Residen Miri, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey...
ALBUM: Fatimah (empat kiri) bersama (dari kiri) Majenah Lass mewakili Residen Miri, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia