Utusan Borneo (Sarawak)

Pengamal media digesa bekerjasam­a dengan kerajaan dan masyarakat

-

MIRI: Pengamal media di sini digesa bekerjasam­a dengan kerajaan dan masyarakat dalam usaha menyampaik­an maklumat cepat dan tepat dengan berkesan.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata usaha itu amat penting bagi memastikan berita disampaika­n tepat dengan fakta yang betul, apatah lagi pengamal media terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran era teknologi.

Lee berkata, berita Internet dan rangkaian sosial menjadi satu cabaran kepada berita arus perdana kerana keupayaann­ya mencapai pembaca dalam beberapa saat.

“Walaupun kesahihan berita itu dipersoalk­an namun ia turut mencetuska­n kebimbanga­n kerana boleh memanipula­si dan menjejaska­n pembaca dan pengguna Internet,” katanya pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n Media di sini malam kelmarin.

Justeru, media arus perdana perlu bekerja dengan lebih pintar dan pantas untuk menjangkau pembaca mereka.

Dengan memanfaatk­an aplikasi WhatsApp dan aplikasi pesanan serupa, beliau berkata ia harus menjadi satu cara semua pihak dalam komuniti agar bekerjasam­a dan mencapai pemahaman ke arah mewujudkan masyarakat lebih selamat.

“Tetapi, lebih penting ialah mendidik orang ramai meneliti kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarka­nnya,” jelas beliau.

Malam penghargaa­n media itu menyaksika­n kehadiran wakil semua agensi berita di sini termasuk The Borneo Post, Utusan Borneo dan See Hua Daily News.

Lee turut mengumum- kan peruntukan berjumlah RM10,000 untuk Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) bagi menganjurk­an pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini. Sementara itu, Presiden NSJA Andy Jong turut hadir menyampaik­an cenderamat­a kepada Lee sebagai penghargaa­n atas sokongan terhadap persatuan dan ahlinya terutama wartawan di bahagian ini.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Lee (duduk, tengah) bersama ahli NSJA dan pengamal media pada majlis di Miri malam kelmarin.
PENGHARGAA­N: Lee (duduk, tengah) bersama ahli NSJA dan pengamal media pada majlis di Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia