Utusan Borneo (Sarawak)

Abg Johari pemimpin paling tepat untuk kemudi Sarawak: Leo

-

MUKAH: Ahli Parlimen Mukah Tan Sri Muhammad Leo Micheal Toyad menyifatka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg seorang pemimpin yang paling tepat untuk mengemudi negeri ini.

Beliau memberitah­u, pengalaman politik daripada akar umbinya yang amat luas sangat berguna dalam menjalanka­n tanggungja­wabnya ketika ini.

“Dalam setahun lebih mengemudi pucuk kepimpinan, beliau (Abang Johari) telah banyak membuat perubahan melalui dasar-dasar kerajaan,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Balingian @Sesok 2018 baru-baru ini.

Ketua menteri katanya, telah banyak menyumbang idea-idea bernas untuk kebaikan, seterusnya pembanguna­n negeri.

Salah satunya kata Leo, adalah berkaitan tuntutan hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Ma 63).

Beliau percaya dengan gaya kepimpinan berterusan seperti itu, Sarawak berada di atas landasan yang paling tepat menuju negeri termaju.

“Kita akan beri sokongan penuh kepada beliau (Abang Johari) terus memimpin Sarawak,” jelasnya.

Sementara itu, Leo turut menasihati penduduk terutama di kawasan Mukah agar terus memberi kepercayaa­n kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Ini katanya, melalui pengalaman serta bukti bahawa kerajaan pemerintah kini dapat terus menghadapi pelbagai rintangan serta cabaran, di samping tohmahan daripada pihak lain terutama pembangkan­g.

Turut berucap pada majlis tersebut Abang Johari serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia