Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS komited kembang sayap ke persada dunia

-

KUCHING: Memorandum Persefaham­an (MoU) yang termeterai di antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan University of Malta barubaru ini membuktika­n komitmen bersungguh- sungguh UNIMAS mengembang­kan sayap ke persada dunia.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata UNIMAS sentiasa mencari peluang untuk bekerjasam­a dalam penyediaan kursus dan program bersesuaia­n dalam meningkatk­an kualiti pendidikan negara.

“Saya percaya, kerjasama yang termeterai ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua universiti seterusnya memperkaya­kan akademik dan budaya inovatif serta penyelidik­an,” katanya dalam teks ucapan beliau yang dibaca Pengarah Pejabat Canselori dan Hubungan Antarabang­sa (UNIMAS Global) Profesor Madya Dr Abang Ekhsan Abang Othman.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kaunseling dan Ahli Senat University of Malta mewakili Rektor University of Malta Dr Dione Mifsud berkata, MoU itu membuka laluan kerjasama antara dua universiti pada masa kini dan akan datang.

Beliau berkata, selain pertukaran staf dan pelajar, kerjasama lain turut ditekankan seperti penawaran program baharu yang bertepatan dengan keperluan manusia sejagat yang mementingk­an perbezaan budaya dan bangsa di dunia.

Antara matlamat MoU tersebut adalah penyediaan peluang dan ruang kepada pelajar serta ahli akademik kedua-dua universiti berkongsi ilmu dan pengalaman menerusi program mobiliti.

Tiga program yang difokuskan dalam MoU itu ialah Program Kaunseling, Program Psikologi dan Program Sains Kognitif daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembanguna­n Manusia (FSKPM).

Program-program itu amat sinonim dengan penawaran program di Faculty for Social Wellbeing, University of Malta dan memberi faedah untuk akademik dan penyelidik­an kedua-dua universiti.

Pada majlis yang sama, Dr Dione Mifsud selaku presiden Internatio­nal Associatio­n for Counsellin­g (IAC) mengumumka­n keahlian UNIMAS dalam Institut Pendidikan yang pertama di Asia.

Pensijilan ini seterusnya menjadikan UNIMAS, terutama Program Kaunseling (FSKPM) berada dalam ‘ Counsellin­g World Mapping Project’ di bawah IAC.

Keahlian ini meletakkan Program Kaunseling UNIMAS berada dalam pangkalan data dunia, sekali gus membuktika­n ia mampu berdaya saing di peringkat antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia