Utusan Borneo (Sarawak)

Hobi pelihara burung masih baharu di Sibu

Pertanding­an Seni Suara Burung tarik 200 peserta, kebanyakan­nya dari luar Sibu

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Pertanding­an Seni Suara Burung Terbuka Sarawak yang dijadualka­n berlangsun­g di Taman Selera Harmoni di sini pada Sabtu ini, 31 Mac, dijangka menarik kira-kira 200 peserta dari seluruh negeri.

Acara tersebut yang julung kali diadakan di sini dianjurkan Persatuan Burung Bahagian Sibu.

Pengerusin­ya Mohd Annuarberk­ata, pertanding­an itu dibahagika­n kepada lapan kategori iaitu Murai Batu A, Murai Kampung A, Murai Batu B, Murai Kampung B, Kenari, Serindit, ‘Lovebird’ dan ‘Mata Putih’.

Beliau berkata, hakim yang akan mengadili pertanding­an tersebut dijemput khas dari negara jiran Indonesia.

“S a m b u t a n a m a t memberangs­angkan, namun kami mengehadka­n kepada 100 sangkar bagi setiap kategori.

“Bagi kategori Murai Batu A, kuota penyertaan telah penuh manakala Murai Batu B kini mempunyai 86 sangkar,

Kebanyakan peserta adalah dari luar kerana pertanding­an itu agak baharu bagi masyarakat di Sibu. Mohd Annuar Pengerusi Pertanding­an Seni Suara Burung Terbuka Sarawak

Murai Kampung A ‘( 47), Murai Kampung B’ ( 56), ‘Serindit’ (39), ‘Lovebird’ (18) , ‘Kenari’ (24) dan ‘Mata Putih’ (20),” jelasnya.

“Kebanyakan peserta adalah dari luar kerana pertanding­an itu agak baharu bagi masyarakat di Sibu,” katanya sambil menambah bahawa tarikh tutup penyertaan ialah pada Jumaat, 30 Mac.

Beliau berkata, pelbagai hadiah menarik menanti tiga pemenang bagi setiap kategori, selain pemberian sagu hati pemenang tempat kelima hingga kedudukan ke- 10 bergantung kepada kategori.

Tambahnya, matlamat u t a m a p e n g a n j u r a n pertanding­an tersebut adalah untuk mempromosi­kan Pertanding­an Seni Suara Burung kepada rakyat Sibu.

“Hasrat kami adalah untuk mempromosi­kan pertanding­an seumpama itu, selain menanam minat memelihara burung sebagai hobi kerana biasanya di Sibu masyarakat lebih suka memelihara kucing atau anjing.

“Malah anda jarang sekali mendengar tentang orang yang memelihara burung di sini meskipun hobi seperti itu sangat popular di Kuching dan Miri,” ujarnya.

Beliau menganggap acara itu sebagai pembuka mata kepada rakyat di sini terutama dalam kalangan pencinta haiwan peliharaan serta memberi pengetahua­n mengenai cara untuk menjaga burung peliharaan.

“Dari segi ekonomi, ia akan memberi manfaat kepada pengendali inap desa dan peniaga makanan termasuk penjaja di Taman Selera Harmoni di sini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubung­i Zaidi di talian 012-8565110, Annuar (016-8840246), Chedol (0128570857) atau Afeeq (0165781286).

 ??  ?? JUMPA NANTI: Mohd Annuar (berkerusi roda) dan barisan penganjur Pertanding­an Seni Suara Burung Terbuka Sarawak.
JUMPA NANTI: Mohd Annuar (berkerusi roda) dan barisan penganjur Pertanding­an Seni Suara Burung Terbuka Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia