Utusan Borneo (Sarawak)

SPR perlu semak semula status pemilih berusia 95 tahun ke atas

-

KUCHING: Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) perlu menyemak semula status pemilih berusia 95 tahun ke atas yang masih tersenarai dalam daftar pemilih.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Sarawak Jeffery Mok Hui Chung berkata ia bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku termasuk disalah guna pihak tidak bertanggun­gjawab pada pilihan raya.

Mendedahka­n perkara itu, Jeffery bersama beberapa ahli PKR telah mendapatka­n salinan pemilih bagi tempoh suku keempat 2017 bagi kawasan Parlimen Miri pada minggu lalu.

“Apa yang kami dapat daripada sistem maklumat amat mengejutka­n kerana terdapat 146 pengundi yang layak berumur 95 tahun ke atas dan 113 pengundi yang layak berumur 100 tahun ke atas menjadikan jumlah keseluruha­n ialah 259,” katanya.

Jeffery mendedahka­n perkara itu pada sidang media di pejabat PKR Stampin di sini semalam.

Mengulas lanjut katanya, pengundi tertua di kerusi Parlimen Miri berusia 116 tahun.

B e l i a u t u r u t membangkit­kan persoalan adakah pemilih- pemilih tersebut masih hidup.

Jeffery berkata sekiranya pemilih tersebut sudah meninggal dunia, nama mereka harus dikeluarka­n dari senarai pemilih.

Tambahnya, langkah itu bertujuan memastikan proses pemilihan nanti berjalan lancar, adil dan bersih.

“Jika perkara ini dibiarkan t a n p a p e n g a w a s a n , k e m u n g k i n a n b e s a r senarai nama pemilih akan dimasukkan ke dalam Pilihan Raya Umum ( PRU) akan datang.

“Tidak dinafikan sesetengah orang boleh menjalani kehidupan yang panjang tetapi dengan jumlah (senarai) ini, sukar untuk dipercayai,” tegasnya.

Bukan untuk mencabar kesahihan sistem maklumat tersebut, beliau memohon agar pihak SPR menyemak dan melakukan pemeriksaa­n teliti senarai pengundi sebelum PRU akan datang.

Dalamperke­mbangansam­a, beliau turut mendedahka­n di Parlimen Miri mempunyai 80,524 pengundi setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia