Utusan Borneo (Sarawak)

Bolhassan Di terus terajui Persatuan Melayu Sarawak

-

KUCHING: P e r s a t u a n Melayu Sarawak ( PMS) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kedua pada 24 Mac lepas di Pustaka Negeri Sarawak yang telah dirasmikan Penasihat PMS Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo.

Menurut kenyataann­ya semalam, kira- kira 200 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negeri menghadiri mesyuarat tersebut yang menyaksika­n semua jawatan utama kekal.

PMS dipimpin Yang Dipertua Datuk Bolhassan Di, Timbalan Yang Dipertua Bujang Boji Sitam, Naib Yang Dipertua Pandi Suhaili manakala Setiausaha Agung Abang Hadera Lee dan Bendaharin­ya Khusaini Goli.

M e s y u a r a t a g u n g tersebut telah melulus dan mengesahka­n Minit Mesyuarat Agung Pertama yang diadakan tahun lepas.

Selain itu, dibentangk­an juga Laporan Tahunan Jawatankua­sa bagi tahun berakhir Disember 2017 oleh setiausaha agung.

P e n y a t a T a h u n a n Kewangan yang berakhir Disember 2017 dibentangk­an Abang Hadera manakala Pindaan Perlembaga­an dibentangk­an Bujang.

Mesyuarat juga memberi kuasa kepada Jawatankua­sa Tertinggi PMS untuk melantik juruaudit.

Semasa mesyuarat itu, banyak cadangan dan pandangan telah diterima daripada para perwakilan yang hadir mencakupi aspek ekonomi, pendidikan, kebajikan, agama, kemasyarak­atan dan sebagainya.

Para perwakilan juga mencadangk­an pelbagai kegiatan yang sepatutnya diadakan PMS bagi menarik minat masyarakat Melayu menjadi ahli PMS, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Hamid dalam ucaputaman­ya memberi nasihat kepada para perwakilan dan ahli PMS tentang peranan yang sepatutnya dimainkan oleh PMS sebagai sebuah NGO berasaskan agama Islam dan masyarakat Melayu di Sarawak.

Beliau berkata, PMS s e h a r u s n y a m e n j a d i pemangkin kepada kegiatanke­giatan positif melalui amalan-amalan sedekah yang memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya PMS dapat dijadikan contoh oleh NGO lain.

Pada masa yang sama, Bolhassan turut menegaskan PMS akan memberi perhatian yang serius terhadap aspek ekonomi digital dan pembanguna­n minda dalam kalangan kanak-kanak.

Ahli- ahli PMS perlu mendakap perubahan yang dibawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg bagi memastikan PMS dapat memain peranan dalam pembanguna­n negeri.

Beliau berkata, PMS menyokong pendekatan terbaharu yang dilaksanak­an ketua menteri dalam memacu kemajuan Sarawak melalui dasar ekonomi digital sesuai dengan perkembang­an dan kemajuan pesat di peringkat global sekarang.

Bolhassan juga menambah bahawa pihak PMS akan memulakan usaha memfokus kepada kegiatan pendidikan kanak-kanak pada usia antara satu ke lima tahun sebelum mereka memulakan alam persekolah­an peringkat rendah.

 ??  ?? KENANGAN: Ahli PMS bergambar bersama pada Mesyuarat Agung Tahunan Kedua di Pustaka Negeri Sarawak baru-baru ini.
KENANGAN: Ahli PMS bergambar bersama pada Mesyuarat Agung Tahunan Kedua di Pustaka Negeri Sarawak baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia