Utusan Borneo (Sarawak)

Harga diperoleh selepas melihat faktor dan membuat perbanding­an harga hartanah yang hampir sama dengan banglo itu

-

GEORGE TOWN: Pengarah syarikat penilaian hartanah memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa nilai pasaran munasabah bagi banglo yang ingin dibeli ahli perniagaan Phang Li Koon pada 2008 adalah RM2.5 juta.

Teoh Poh Huat, Pengarah Henry Butcher Malaysia (Penang) Sdn Bhd berkata, harga itu diperolehi selepas melihat semua faktor dan membuat perbanding­an harga hartanah yang hampir sama dengan banglo itu.

“Forced Sale Value iaitu nilai lelongan adalah RM1,850,000, ‘ Fire Insurance Value’ iaitu nilai insurans kebakaran adalah RM600,000,” katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada hari kedua perbicaraa­n kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Phang berhubung pembelian banglo itu pada harga di bawah nilai pasaran.

Saksi pihak pendakwaan ke-15 itu berkata, kaedah penilaian yang digunakan adalah kaedah perbanding­an dengan melihat dan membanding­kan hartanah itu dengan transaksi jual beli yang hampir sama dengan hartanah yang dinilai.

Katanya merujuk kepada ‘ Report and Valuation of Premises No 25, Jalan Pinhorn, Georgetown (applicant Phang Li Koon)’ daripada Henry Butcher bertarikh 21 Nov 2008, saksi itu berkata laporan itu ditujukan kepada Public Bank Berhad berdasar- kan permohonan syarikat itu untuk membuat penilaian banglo tersebut bagi mengetahui harga pasaran pada ketika itu.

Teoh yang sebelum ini berkhidmat di pejabat Penilaian dan Perkhidmat­an Harta Pulau Pinang sebagai pegawai penilai selama 13 tahun dan selepas itu bekerja di Henry Butcher selama 29 tahun sehingga kini berkata tujuan penilaian itu adalah bagi ‘loan/ credit security purposes’ ( tujuan pinjaman/ jaminan kredit) yang dimohon oleh Phang.

Katanya laporan itu juga menerangka­n lokasi hartanah itu yang dilihat berada di lokasi strategik iaitu terletak hanya 4.2km dari pusat bandar dan terdapat banyak kemudahan asas yang berdekatan.

“Keluasan hartanah ini adalah 944 persegi bersamaan dengan 10,161 kaki persegi. Dalam tanah ini terdapat rumah dua tingkat,” katanya ketika dimintakan membacakan pernyataan saksinya oleh Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed.

Bagaimanap­un peguam yang mewakili Lim dan Phang tidak memeriksa balas keterangan oleh Teoh.

Kontraktor elektrik, Lim Kin Ban pula memberitah­u mahkamah bahawa beliau telah melakukan pengubahsu­aian rumah Phang pada 2009 dengan membuat penukaran lampu, kipas dan pendingin hawa.

Semasa ditanya Timba-

Forced Sale Value iaitu nilai lelongan adalah RM1,850,000, ‘Fire Insurance Value’ iaitu nilai insurans kebakaran adalah RM600,000. Teoh Poh Huat Pengarah Henry Butcher Malaysia (Penang) Sdn Bhd

lan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim, saksi ke-21 pihak pendakwaan itu berkata, semasa beliau membuat pengubahsu­aian itu, Phang kadang-kadang hadir di rumah itu bersama seorang lagi wanita tetapi beliau tidak tahu namanya.

Semasa Mohd Zain mencadangk­an wanita itu ialah isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng, saksi itu berkata ‘Ya’ dan ketika diminta mengecamka­n Betty di mahkamah, saksi itu juga berkata ‘Ya’.

Bagaimanap­un Kin Ban menukar keterangan­nya selepas beberapa kali diasak oleh peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim bahawa Betty tidak pernah ke banglo itu semasa kerja-kerja pengubahsu­aian dilakukan.

Gobind: Berapa kali masa buat pengubahsu­aian Betty ada di situ? Kin Ban: Satu kali. Gobind: Ingat betul-betul, tak boleh cakap saja. Kin Ban: Ada satu kali. Gobind: Saya cadangkan kepada kamu bahawa Betty tidak pernah datang ke rumah itu semasa kamu buat pengubahsu­aian?

Kin Ban: Tidak ingat.

Semasa pemeriksaa­n semula oleh Mohd Zain adakah beliau pasti Betty tidak pernah datang semasa beliau membuat pengubahsu­aian rumah, saksi itu menjawab ‘tidak ingat’.

Seramai 10 saksi memberi keterangan sebelah pagi dan empat saksi pada petang semalam pada perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang menggunaka­n kedudukann­ya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty, meluluskan Permohonan Perlingkun­gan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificie­nt Emblem Sdn Bhd.

Lim,58, dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatka­n untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan, nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugastugas rasminya (Lim).

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 21 Okt 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Phang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Lim dalam mendapatka­n banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 165, memperuntu­kkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JADI SAKSI: Teoh hadir sebagai saksi di Mahkamah Tinggi George Town semalam bagi perbicaraa­n hari kedua kes rasuah Guan Eng dan Phang berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
— Gambar Bernama JADI SAKSI: Teoh hadir sebagai saksi di Mahkamah Tinggi George Town semalam bagi perbicaraa­n hari kedua kes rasuah Guan Eng dan Phang berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia