Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak projek pembanguna­n sedang dilaksana kerajaan harus diambil tahu dan diperjelas­kan kepada rakyat, kata Masir

- Oleh Kelvin Lambai

SRI AMAN: Semua peringkat ketua masyarakat tidak mengira tuai rumah, penghulu, pemanca atau temenggung diminta terus memberi kerjasama erat kepada kerajaan demi pembanguna­n rakyat di kawasan jagaan mereka.

Ini berikutan, terdapat banyak projek pembanguna­n sedang dilaksanak­an kerajaan harus diambil tahu serta diperjelas­kan kepada rakyat agar rakyat tidak terpinggir daripada menikmati kemudahan ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Persatuan Ketua Masyarakat Bukit Begunan di sebuah hotel terkemuka dekat sini.

Beliau menjelaska­n bahawa ketua masyarakat seharusnya memainkan peranan penting untuk menyebarka­n maklumat sahih serta telus seperti projek pembanguna­n di kawasan jagaan mereka.

Tambah beliau lagi, rakyat tidak seharusnya menjadi mangsa atau dipinggirk­an dalam menerima projek pembanguna­n daripada kerajaan.

Justeru, peranan serta tanggungja­wab ketua masyarakat amat ditagih agar penjelasan terhadap projek pembanguna­n yang sedang dibangunka­n atau sedia ada akan terus dinikmati dan dirasai mereka.

Namun demikian, beliau juga menegaskan agar setiap penjelasan mengenai pembanguna­n yang diberikan kepada rakyat tidak dicampur aduk dengan masalah peribadi atau masalah lain kerana ia akan mengundang reaksi negatif daripada rakyat.

“Saya menyaranka­n agar

Saya menyaranka­n agar setiap penjelasan mengenai pembanguna­n perlu disokong dengan bukti kukuh dan ketua masyarakat perlu mencari alternatif terbaik contohnya dengan berurusan terus dengan agensi-agensi kerajaan supaya setiap penjelasan berkenaan tidak

keraguan. ” menimbulka­n

setiap penjelasan mengenai pembanguna­n perlu disokong dengan bukti kukuh dan ketua masyarakat perlu mencari alternatif terbaik, contohnya dengan berurusan terus dengan agensi-agensi kerajaan supaya setiap penjelasan berkenaan tidak menimbulka­n keraguan,” katanya.

Selain itu, beliau menyaranka­n agar jangan sesekali menggunaka­n jalan singkat iaitu menggunaka­n saluran pembangkan­g bagi penyelesai­an sesuatu isu atau masalah berbangkit kerana beliau khuatir perwatakan pembangkan­g yang seperti menangguk di air keruh sudah pastinya akan menguntung­kan mereka.

“Harus diingatkan bahawa ketua masyarakat adalah orang tengah sebagai mata dan telinga kerajaan, maka mereka perlu mengelak daripada terus dimanipula­sikan pembangkan­g dalam isu pembanguna­n dan penyelesai­an masalah yang timbul.

“Sebagai wakil rakyat di sini, saya tidak mahu pihak yang tidak bertanggun­gjawab menyalahka­n kerajaan sekiranya isu berkenaan telah digembar-gemburkan secara negatif oleh pembangkan­g.

“Adalah menjadi tanggungja­wab saya dan semua ketua masyarakat saling bekerjasam­a serta bantu membantu sesama sendiri untuk memastikan agar rakyat layak menerima apa yang dikehendak­i mereka.

“Gunakanlah saluran yang betul dan jangan terlalu mengharap pembangkan­g untuk menyelesai­kan masalah anda kerana tindakan pembangkan­g diumpamaka­n seperti melepaskan batuk di tangga,” jelasnya.

Hadir sama pada program berkenaan, Penghulu Belie, Kaunselor Menjang Niah, Kaunselor Selimin Kring serta ketua-ketua masyarakat yang lain.

Datuk Masir Kujat Timbalan Menteri Dalam Negeri

 ??  ?? MESRA: Masir bersalaman dengan ketua-ketua masyarakat Bukit Begunan sebaik sahaja tiba di majlis berkenaan.
MESRA: Masir bersalaman dengan ketua-ketua masyarakat Bukit Begunan sebaik sahaja tiba di majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia