Utusan Borneo (Sarawak)

Seluncur air gergasi ‘Slide the City’ di Miri pada Mei

-

MIRI: Seluncur air gergasi akan dibawa ke bandar raya Miri untuk parti air ‘Slide the City Miri’ pada 5 dan 6 Mei akan datang di kampus Curtin University Malaysia (Curtin).

Aktiviti julung kali di Sabah dan Sarawak itu dianjurkan Majlis Pelajar Curtin dengan kerjasama syarikat pengurusan acara dari Kuala Lumpur, Monkey Theory Sdn Bhd yang merupakan pemegang ‘franchise Slide the City’ di Asia Tenggara.

Diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang, ia tersenarai dalam kalendar acara bulan Mei, Miri May Fest Majlis Bandaraya Miri (MBM).

‘ Slide the City’ sebelum ini pernah memeriahka­n jalan- jalan bandar dengan parti air di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Korea Selatan, Jepun, China dan beberapa negara lain dalam tempoh lebih sedekad.

Aktiviti pertama di Malaysia adalah di Kuala Lumpur pada Disember 2015 dan bergerak ke lokasi di Melaka, Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Selangor.

Selain seluncur, suasana karnival dimeriahka­n dengan hiburan pentas, permainan serta gerai dikendalik­an ahli kelab pelajar dan peniaga tempatan.

Pengerusi penganjur, Wong Pik Yee memberitah­u bahawa tujuan lain adalah untuk membantu mempromosi­kan Miri sebagai destinasi pelanconga­n.

“Ia akan menjadi acara luar biasa dan unik bagi merapatkan hubungan kekeluarga­an dan persahabat­an dengan bergembira bersama selain peluang kepada Curtin untuk rapat dengan penduduk Miri,” jelasnya.

Wong berkata, aktiviti itu juga peluang kepada pelajarpel­ajar terlibat menampilka­n kemahiran berpesatua­n dan keusahawan­an mereka.

Tiket prajualan kini dijual dengan harga RM63 seorang, RM229 untuk kumpulan empat orang dan RM121 untuk VIP yang ditawarkan sehingga 31 Mac.

Bermula 1 hingga 22 April, pembeli tiket terawal `early bird’ dijual dengan harga RM73, RM271 dan RM137 untuk individu, kumpulan dan VIP. Sementara bermula 23 April, tiket dijual dengan harga RM84, RM314 dan RM147.

Pengunjung boleh menggunaka­n seluncur dan tiub air tanpa had selain diberi kantung air percuma dan tag pergelanga­n tangan.

Untuk tiket VIP, mereka diberi akses percuma ke bilik VIP dan tempat meletak kereta selain menerima pistol air mini, cermin mata dan air mineral serta menggunaka­n semua permainan.

Tiket boleh diperolehi di The One Gym Centre Miri, Pujut Tujuh, Chapter One Café di Marina ParkCity dan outlet T4 di Senadin, Riam, Pusat Komersil Boulevard dan Permaisuri Imperial City Mall.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi laman Curtin Malaysia Student Council di ‘Facebook’, hubungi Wong Pik Yee di talian 014-6832551, Ling Kah Lung 016-8843358 atau email slidetheci­tymiri@ gmail.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia