Utusan Borneo (Sarawak)

Difahamkan BERSIH 2.0 akan serah memorandum bantahan kepada PM

-

KUALA LUMPUR: Polis akan bertindak tegas terhadap individu dan pihak yang menyertai perhimpuna­n yang dirancang di luar bangunan Parlimen hari ini, oleh kerana tiada permohonan permit dibuat oleh penganjur perhimpuna­n itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis akan bertindak mengikut Akta Perhimpuna­n Aman (APA) 2012 terhadap mana- mana individu atau kumpulan yang ingkar arahan polis dan melanggar undangunda­ng.

“Kita akan memantau keadaan di lokasi dan akan bertindak mengikut APA 2012, kalau ada yang ingkar arahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di sini semalam.

Difahamkan BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpuna­n di luar bangunan Parlimen hari ini bagi menyerahka­n memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkaitan cadangan persempada­nan semula kawasan pilihan raya.

Dalam pada itu, Fuzi sekali lagi mengulangi bahawa PDRM telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat, termasuk meningkatk­an jumlah anggota yang

Kita akan memantau keadaan di lokasi dan akan bertindak mengikut APA 2012, arahan.” kalau ada yang ingkar Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

terlibat sekiranya berlaku pertambaha­n kawasan pilihan raya pada kali ini.

Beliau berkata ketika ini, kira- kira 79,000 anggota ataupun 69 peratus daripada keseluruha­n jumlah anggota PDRM pelbagai jabatan dan unit akan terlibat.

“Kita sudah 13 kali mengadakan pilihan raya umum dan ini adalah kali ke-14 , diharap masyarakat ambil tindakan positif dan menggunaka­n hak mereka sebagai pengundi sebaik mungkin,” katanya.

Menurutnya, kawalan keselamata­n akan dipertingk­atkan dari semasa ke semasa khasnya ketika menjelang kempen pilihan raya serta hari mengundi dan orang ramai tidak perlu bimbang atau rasa takut sepanjang tempoh itu.

Sebelum itu Mohamad Fuzi memberi ucapan tahniah kepada seramai 10,133 pegawai, anggota dan pegawai awam PDRM yang menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang sepanjang tahun 2017. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Mohamad Fuzi (tiga kiri) beramah mesra dengan para penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kategori Orang Awam pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir,...
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Mohamad Fuzi (tiga kiri) beramah mesra dengan para penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kategori Orang Awam pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia