Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan dua lelaki yang jalankan kegiatan ah long

-

KUANTAN: Polis menahan dua lelaki dipercayai anggota sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ah long kerana disyaki mengugut dan menularkan kad pengenalan serta gambar keluarga mangsa di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata, kedua-dua suspek yang berumur 20 dan 29 tahun kemudian telah ditangkap pada 4 petang kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD) ketika hadir memberi keterangan.

“Mangsa seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun tahun sebelum itu telah membuat pinjaman dengan suspek sebanyak RM45,000 pada tahun lepas dan telah membuat pembayaran berkala selepas itu.

“Bagaimanap­un pada Ahad lepas mangsa telah dihubungi oleh rakannya yang menyatakan bahawa kad pengenalan mangsa telah tular dalam laman sosial kerana kononnya tidak membayar hutang dan diugut untuk dicederaka­n jika gagal menjelaska­nnya.

“Malah tertuduh turut menularkan gambar anakanak mangsa menyebabka­n ahli perniagaan berkenaan risau dengan keselamata­n anggota keluargany­a sebelum membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kes disiassat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Dalam kes berasingan pula, seorang wanita mengalami kerugian RM4,500 ketika berurusan bagi mendapatka­n pinjaman daripada ah long.

Wazir berkata, mangsa berusia 40 tahun yang bekerja sebagai juruwang telah berurusan untuk membuat pinjaman peribadi melalui iklan yang ditemui dalam laman media sosial.

“Pada Isnin (19 Mac) lepas mangsa telah menerima panggilan daripada suspek untuk memberitah­u pinjaman telah diluluskan dan meminta sejumlah wang sebagai wang pemprosesa­n.

“Mangsa yang terpedaya kemudian telah memasukkan RM4,500 dengan beberapa kali transaksi ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek,” katanya.

Katanya, selepas selesai memasukkan wang berkenaan, suspek telah menghantar gambar cek berjumlah RM19,000.

Namun, setelah pemeriksaa­n dilakukan pihak bank mendakwa cek berkenaan meragukan sebelum mangsa bertindak membatalka­n hasrat pinjaman berkenaan dan meminta semula wang berkenaan.

Katanya, suspek yang enggan memulangka­n wang mangsa turut mengugutny­a untuk membawa kes itu ke mahkamah menyebab mangsa terasa terancam dan membuat laporan polis. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? REMAN: Pengarah Jabatan Veterinar Perlis (dua kiri) dan pemilik sebuah syarikat (kanan) diiringi Penguat Kuasa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis untuk mendapatka­n perintah tahanan reman bagi membantu siasatan kes rasuah dan...
— Gambar Bernama REMAN: Pengarah Jabatan Veterinar Perlis (dua kiri) dan pemilik sebuah syarikat (kanan) diiringi Penguat Kuasa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis untuk mendapatka­n perintah tahanan reman bagi membantu siasatan kes rasuah dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia