Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan pencarian kru kapal hilang diperluas ke 560 batu nautika

-

JOHOR BAHRU: Kawasan pencarian bagi mengesan baki sembilan lagi kru kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang masih hilang selepas kapal itu terbalik pada 21 Mac lepas diperluask­an sehingga 560 batu nautika semalam berbanding 400 batu nautika kelmarin.

Timbalan Pengarah Maritim (Operasi) Maritim Malaysia Wilayah Selatan Kapten Sanifah Yusof berkata pertambaha­n itu adalah bagi memungkink­an pihaknya menemukan kesemua kru berkenaan.

“Hari ini (semalam) kawasan pencarian diperluask­an kepada 560 batu nautika dari perairan Batu Pahat sehingga ke perairan Pulau Besar, Melaka.

“Tetapi keanggotaa­n dan aset yang terlibat adalah sama iaitu seramai 250 anggota daripada pelbagai pihak serta sebanyak 11 aset yang merupakan enam bot, empat kapal dan sebuah helikopter,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Sanifah berkata, setakat jam 4 petang semalam, tiada mangsa berjaya ditemukan meskipun operasi mencari dan menyelamat telah memasuki hari ketujuh.

Katanya, kerjasama dengan pihak Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia juga masih diteruskan bagi menjejaki mangsa yang berkemungk­inan dibawa arus sehingga masuk ke perairan Indonesia.

Selain itu katanya, pusat operasi mencari dan menyelamat yang berpusat di Pantai Leka, Parit Jawa, Muar sebelum ini juga telah dipindahka­n sepenuhnya ke Pejabat Maritim Batu Pahat bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan tetapi koordinasi operasi dilakukan melalui Maritime Rescue Sub Centre di Johor Bahru.

Ketika ditanya kemungkina­n ada mangsa yang telah diselamatk­an oleh kapal-kapal dagang yang melalui kawasan itu ketika kejadian, Sanifah tidak menolak kemungkina­n itu.

“Laluan itu adalah laluan Selat Melaka yang sibuk. Jadi mungkin berlaku perkara itu. Namun kalau ada, pasti kapalkapal dagang akan memaklumka­n kepada kita,” katanya.

Kejadian pada 21 Mac lalu itu melibatkan seramai 18 kru kapal namun lima daripadany­a ditemukan selamat dan empat mayat telah ditemukan dengan dua masih belum disahkan identiti.

Bagaimanap­un, nasib sembilan kru lagi masih belum diketahui. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia