Utusan Borneo (Sarawak)

Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmat­an psikiatri

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediaka­n fasiliti perkhidmat­an psikiatri di empat institusi mental dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata selain itu, sebanyak 761 klinik kesihatan juga memberi perkhidmat­an kesihatan mental di peringkat kesihatan primer.

“Kementeria­n Kesihatan ( KKM) mewujudkan sebanyak 21 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di seluruh Malaysia bagi memberi perkhidmat­an saringan, pengesanan awal, rawatan dan rehabilita­si di peringkat komuniti.

“KKM juga menyediaka­n perkhidmat­an kaunseling serta pendidikan keluarga untuk waris yang menghidap penyakit mental mengenai cara pengendali­an penjagaan pesakit mental di rumah,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Negara semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Datin Rahimah Mahamad yang bertanya mengenai usaha kerajaan menangani masalah pesakit mental di negara ini.

Mengenai kes jenayah akibat amukan dan tindak balas agresif, Dr Hilmi menjelaska­n bahawa tidak semua kes berkenaan disebabkan mereka yang menghidapi penyakit mental.

“Mengikut Akta Kesihatan Mental 2001 dan Peraturan Kesihatan Mental 2010, Klausa 11, Pegawai Polis atau Pegawai Kebajikan Masyarakat mempunyai kuasa untuk membawa individu yang disyaki mengalami gangguan mental mendapatka­n penilaian di hospital kerajaan atau pun hospital swasta yang diwartakan jika individu tersebut didapati mengganggu atau bertindak balas agresif di persekitar­an,” katanya.

Buat masa ini, katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh merujuk individu yang disyaki mengalami penyakit mental ke mana-mana hospital kerajaan untuk dinilai dan dirawat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia