Utusan Borneo (Sarawak)

Antivaksin undang peningkata­n penyakit mudah berjangkit

-

BATU PAHAT: Tindakan segelintir ibu bapa yang enggan mengambil vaksin untuk anak- anak mereka boleh menyumbang kepada peningkata­n penyakit mudah berjangkit disebabkan tiada pengambila­n vaksin bermula seawal kelahiran bayi.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata tindakan mereka yang ‘antivaksin’ itu sangat membimbang­kan terutama apabila terdapat peningkata­n beberapa penyakit seperti tibi.

“Ada antara mereka enggan mengambil vaksin untuk anak mereka dengan menggunaka­n alasan agama dan sebagainya. Tapi kita perlu ingat bahawa menjaga nyawa itu adalah perkara wajib,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sambutan Tibi Sedunia 2018 peringkat negeri di Dewan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), dekat sini, semalam.

Menurut Ayub, Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengharusk­an pengambila­n vaksin sebagai kaedah pencegahan menurut Islam.

“Kita bimbang kalau tindakan (antivaksin) semakin meningkat dan dapat dilihat terutamany­a dalam kalangan orang Melayu, maka banyak penyakit akan menular lagi,” katanya.

Selain tibi, antara penyakit yang boleh meningkat akibat tiada vaksin ialah cacar, difteria dan polio, kata Ayub.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata pelaksanaa­n Vaksin BCG kepada sekurang- kurangnya 95 peratus daripada jumlah penduduk di bawah 20 tahun, telah berjaya memberi perlindung­an kepada semua kanak-kanak daripada mendapat penyakit tibi teruk.

Tahun lepas, sebanyak 26,168 kes tibi dikesan yang merupakan satu peningkata­n sebanyak 1.65 peratus berbanding 25,742 kes pada tahun 2016.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Kesihatan negeri Dr Selahuddee­n Abd Aziz. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia