Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen ‘masa tanpa gajet’ diteruskan tahun ini

-

SERDANG: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( KPWKM) bercadang meneruskan Kempen Masa Tanpa Gajet tahun ini bagi menggalakk­an jalinan hubungan sesama masyarakat khususnya golongan muda dan institusi keluarga.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kempen itu akan diadakan semasa sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia pada November ini dengan diterajui oleh Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN).

KPWKM memperkena­lkan Kempen Masa Tanpa Gajet pada tahun lepas den- gan menggalakk­an orang ramai ‘melupakan’ seketika gajet masing-masing ketika di meja makan terutamany­a apabila makan bersama anggota keluarga.

Rohani berkata kempen itu perlu diteruskan tahun ini kerana kajian LPPKN mendapati sebanyak 78 peratus ibu bapa membenarka­n anak mereka memiliki dan menggunaka­n gajet dengan 3.7 peratus daripada mereka tidak memantau penggunaan gajet anak masing-masing.

“Biarpun Malaysia sudah maju, teknologi tidak harus mengawal cara masyarakat Malaysia hidup berkeluarg­a,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kepada 650 petugas KPWKM, jabatan dan agensi di bawahnya di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam.

Rohani berkata ketika Kempen Masa Tanpa Gajet, anggota keluarga digalakkan mengetepik­an gajet masingmasi­ng untuk menghabisk­an waktu berkualiti bersama keluarga sama ada semasa makan bersama atau melayan anak kecil bermain.

“Cadangan mewujudkan Masa Tanpa Gajet bertujuan mendidik generasi muda pada hari ini mengenai perlunya berkomunik­asi secara lisan, menggunaka­n bahasa tubuh dan ‘eye-contact’.

“KPWKM tidak mahu generasi baharu tidak faham tentang hubungan sesama insan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia