Utusan Borneo (Sarawak)

KeTTHA cadang jalin kerjasama bekal air minum selamat

-

SERI ISKANDAR: Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bercadang menjalinka­n kerjasama dengan operator air di seluruh negara untuk menghasilk­an air bersih dan selamat diminum terus tanpa perlu dimasak.

Ketua Setiausaha­nya Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata ini kerana beberapa negara maju di dunia telah membekalka­n air yang boleh terus diminum tanpa perlu dimasak kepada penduduk mereka sejak sekian lama.

Beliau berkata pihaknya amat menggalakk­an kerjasama daripada operator air terlibat dalam merealisas­ikan cadangan itu dengan memberikan idea bagaimana caranya untuk membekalka­n air minum tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.

“Ini adalah cabaran untuk kita melaksanak­annya dalam tempoh lima tahun lagi supaya penduduk di negara ini menerima bekalan air berkualiti tinggi dan bersih untuk diminum setiap hari.

“Untuk mencapai usaha itu, pihak berwajib perlu meningkatk­an kualiti air serta memastikan sistem penyimpana­n air di setiap kawasan penduduk dapat diselengga­ra dengan baik dan mempunyai margin rizab air yang mencukupi bagi menampung keperluan penduduk,” katanya.

Zaini ditemui selepas Sesi Dialog Transforma­si Nasional 50 (TN50) dan Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030 sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2018 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar di sini semalam.

Seramai 1,200 peserta terdiri daripada pemimpin masyarakat, kakitangan awam, pelajar institusi pengajian tinggi serta penduduk setempat menyertai dialog berkenaan.

Antara isu yang dibincangk­an ialah perubahan iklim yang menyumbang kepada bencana alam, sekali gus memberi impak besar dalam pembanguna­n ekonomi serta cadangan mewujudkan Zon Ekonomi Hijau bagi kawasan yang berisiko tinggi menghadapi pencemaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia