Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar cemerlang tanpa dokumen ditawarkan ke UUM

-

SERDANG: Pelajar cemerlang tanpa dokumen kelahiran dan pengenalan, Roisah Abdullah, ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata beliau telah bertemu Roisah, 20, bagi menawarkan peluang menyambung pelajaran di UUM.

Menurut Idris, Roisah, yang turut menerima beberapa tawaran belajar yang lain, gembira dengan tawaran yang diberikan kerajaan itu namun meminta sedikit masa untuk membuat keputusan terbaik bagi dirinya.

“Selain tawaran itu, kita juga akan memastikan pelajar cemerlang bukan berstatus warganegar­a itu diberikan taraf kerakyatan untuk memudahkan proses seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program #Keeping In Touch Wanita KPT Bersama Menteri Pendidikan Tinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur serta beberapa naib canselor wanita universiti dan barisan kepimpinan tertinggi wanita di kementeria­n tersebut.

Ketiadaan dokumen kelahiran dan kad pengenalan menyebabka­n Roisah, bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Klang tidak dapat melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi walaupun memperoleh 3A dan 1B dalam Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), mencatat 7A dan 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Ibu Roisah merupakan warga asing manakala identiti bapanya tidak diketahui. Beliau dibesarkan oleh seorang ibu angkat warga tempatan.

Sementara itu, mengulas sama ada bilangan pelajar wanita yang lebih ramai di universiti mengancam lelaki melanjutka­n pelajaran ke menara gading, Idris berkata enrolmen 62 peratus pelajar wanita di universiti ketika ini diseimbang­kan dengan bilangan pelajar lelaki yang lebih tinggi di politeknik dan kolej komuniti. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Idris (dua kiri) berswafoto bersama pelajar pada Program ‘Keeping In Touch - #Mywomen In Higher Education’di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam. Turut sama...
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Idris (dua kiri) berswafoto bersama pelajar pada Program ‘Keeping In Touch - #Mywomen In Higher Education’di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam. Turut sama...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia