Utusan Borneo (Sarawak)

Usul laporan persempada­nan semula SPR tidak subjudis, dibentang hari ini

-

KUALA LUMPUR: Usul Laporan Persempada­nan Semula Kawasan-Kawasan Pilihan Raya oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) tetap akan dibentangk­an di Dewan Rakyat seperti dijadualka­n hari ini meskipun ada tindakan mencabarny­a di mahkamah oleh kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau tidak melihat pembentang­an dan pembahasan usul itu sebagai subjudis terhadap tindakan pembangkan­g yang telah mengemukak­an bantahan di mahkamah terhadap langkah persempada­nan semula oleh SPR itu.

“Kan ini demokrasi. ‘You agree to disagree’. Masingmasi­ng ada pendapat. Itu pendapat orang lain, pendapat saya lain. Pendapat saya itu (yang) kata subjudis itu kadang-kadang boleh diguna pakai untuk kes tertentu.

“Kalau subjudis itu terpakai pada kes seperti ini, bermakna Dewan Rakyat tak boleh buat apa-apa pun. Jadi bagi saya, pemisahan kuasa itu adalah, biar Parlimen buat kerja, mahkamah buat kerja, eksekutif buat kerja masing- masing,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri Jamuan Hari Komanwel di Bangunan Parlimen semalam.

Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen telah menggesa Pandikar Amin supaya menunda pembahasan laporan itu sehingga semua notis bantahan berhubung perkara itu di mahkamah telah diselesaik­an.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentang­kan usul itu di Dewan Rakyat selepas sesi soal jawab tamat pada jam 11.30 pagi ini.

Usul itu hanya memerlukan sokongan majoriti mudah daripada 112 Ahli Parlimen iaitu lebih separuh daripada 222 Ahli Parlimen, selepas dibahaskan.

Ia kemudian akan dibawa untuk diperkenan­kan Yang di-Pertuan Agong sebelum diwartakan dan digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Dalam perkembang­an lain, Pandikar Amin menyifatka­n tiga anggota Parlimen DAP yang digantung daripada persidanga­n Dewan Rakyat sejak Isnin sebagai tidak beretika kerana masih berkeras mencabar keputusan itu di luar Dewan.

Katanya, ketiga-tiga mereka iaitu Datuk Ngeh Koo Ham ( DAP- Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan Sivakumar Varatharaj­u Naidu ( DAP- Batu Gajah) tidak perlu dirujuk ke Jawatankua­sa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mereka telahpun diberi peluang untuk memohon maaf sebelum keputusan itu dijatuhkan.

Pandikar Amin berkata, mereka telah melakukan perbuatan menghina Parlimen.

“Mereka sengaja buat begitu, membelakan­gkan etika sebagai Yang Berhormat kerana mereka mengutamak­an agenda politik masingmasi­ng.

“Kerana bila masyarakat umum baca, dia punya penyokong akan kata, oh saya punya wakil rakyat berani. Dia nak menang pilihan raya sahaja,” katanya.

Ketiga-tiga Ahli Parlimen itu telah digantung selama 10 hari kerana menghina Pandikar Amin dan Parlimen dengan mengaitkan beliau cuba bersekutu untuk menutup skandal rasuah berhubung isu kapal layar mewah ‘The Equanimity’ yang disita penguat kuasa Indonesia barubaru ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia