Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan ke atas Portugal beri kemenangan pertama sejak jadi jurulatih Belanda

-

GENEVA, Switzerlan­d: Ronald Koeman mencipta kemenangan pertama sebagai jurulatih kebangsaan Belanda ketika pasukannya menang selesa 3-0 ke atas Portugal pada perlawanan persahabat­an antarabang­sa di sini Isnin lepas.

Belanda gagal layak ke Piala Dunia 2018 tetapi perlawanan kedua Koeman sebagai jurulatih Belanda menyaksika­n gol oleh Memphis Depay, Ryan Babel dan Virgil van Dijk memastikan kemenangan memberangs­angkan.

Ia adalah malam yang mengecewak­an buat Portugal, juara Eropah, menjelang Piala Dunia ketika pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo kurang menyerlah beberapa hari selepas dua gol beliau membantu menewaskan Mesir 2- 1 pada perlawanan persahabat­an lain.

“Mereka mempunyai empat peluang dan menjaringk­an tiga gol, mereka selayaknya menang,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos.

“Dua tahun yang lalu, sebelum Euro, kami tewas di tempat sendiri kepada Bulgaria. Saya tidak fikir kami telah hilang keyakinan, saya masih percaya dengan pemain saya untuk masa hadapan.”

Belanda, yang tewas 0-1 kepada England pada perlawanan persahabat­an di Amsterdam Jumaat lepas, membuka jaringan seawal minit ke-11 ketika Depay menjaringk­an gol pertama pada era Koeman dari dalam kotak penalti. Gol itu hadir ketika Port u g a l menguasai awal permainan d e n g a n B e l a n d a m e n g g u - nakan formasi pelik 5-3-2. “Kami membuat keputusan untuk bermain dengan satu formasi yang sangat berbeza dengan apa yang kami biasa gunakan sejak beberapa tahun,” kata Koeman.

“Perbezaan di antara malam ini (Isnin) dan Jumaat lepas ialah kami lebih selesa dan menjaringk­an gol lebih awal. Pasukan mempunyai keyakinan.

“Ia berasa bagus dengan sistem baru dan keputusan seperti malam ini menjadikan semuanya mudah.”

Ronaldo naik berang selepas rayuan satu tendangan penalti tidak diendahkan walaupun rakaman insiden jelas menunjukka­n beliau dikasari ketika cuba melakukan rembatan.

Tetapi Belanda menambah jaringan sebelum minit ke-30 apabila Ryan Babel menanduk satu hantaran lintang Matthijs de Ligt.

Gol itu meneruskan rentak cemerlang pemain kelab Besiktas di Turki, yang hanya dipanggil ke dalam skuad tahun lepas selepas enam tahun disisihkan.

Semuanya menjadi lebih buruk buat Portugal pada minit akhir sebelum rehat apabila De Ligt mengumpan bola kepada Van Dijk untuk menjaringk­an gol antarabang­sa pertama beliau.

Portugal terus mengekalka­n penguasaan bola di awal separuh masa kedua tetapi mereka tetap bergelut menembusi pertahanan kebal Belanda.

Sebarang harapan untuk kebangkita­n berakhir apabila Joao Cancelo diperintah meninggalk­an padang selepas menerima dua kad kuning.

Penyokong Portugal mengharapk­an aksi yang lebih baik apabila memulakan kempen Piala Dunia menentang Sepanyol pada 15 Jun di Sochi, sebelum perlawanan lain menentang Maghribi dan Iran dalam Kumpulan B. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KOEMAN AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan persahabat­an di antara Portugal dan Belanda di Stade de Geneva, Switzerlan­d.
— Gambar Reuters KOEMAN AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan persahabat­an di antara Portugal dan Belanda di Stade de Geneva, Switzerlan­d.
 ??  ??
 ??  ?? MESSI
MESSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia