Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad MZ J muncul juara futsal LISUS

-

BINTULU: Skuad MZ J muncul juara Kejohanan Futsal Liga Sukan Untuk Semua (LISUS) kategori lelaki peringkat Bintulu setelah menewaskan ABF SB dengan 1-0 pada aksi final di Gelanggang Futsal Stadium Muhibah di sini kelmarin.

Selaku juara MZ J membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan medal, manakala ABF SB meraih RM700 dan medal.

Kedudukan tempat ketiga dikongsi bersama oleh GL One dan Nemesiz masingmasi­ngnya meraih wang tunai RM300 dan medal.

Juara kategori wanita disandang oleh F10 yang menewaskan Polycats dengan 1-0 pada perlawanan akhir.

Kemenangan itu melayakkan F10 menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan Polycats sebagai naib juara menerima RM700 berserta medal.

Tempat ketiga bersama masing- masing menerima hadiah wang tunai RM300 dan medal ialah pasukan Copaseus dan Pembanguna­n.

Hadiah-hadiah pemenang disampaika­n oleh Pegawai Belia dan Sukan Bintulu, Kigen Satong.

Sebanyak 32 pasukan lelaki dan enam wanita menyertai kejohanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dengan kerjasama Kelab Bola Sepak BISCOM Bintulu itu.

Juara dan naib juara bakal mewakili Bintulu ke acara futsal lelaki dan wanita LISUS peringkat negeri di Miri pada April.

LISUS menerap budaya bersukan kalangan masyarakat, mendedah kelab-kelab dan persatuan penganjura­n acara sukan turut membantu jabatan belia dan sukan.

Lima acara dipertandi­ngkan dalam LISUS merangkumi bola sepak 9 sebelah, futsal, sepak takraw, bola jaring dan pingpong terbuka kepada pemain-pemain bukan wakil negeri dan negara.

Acara sukan itu bukan sahaja memilih juara dan naib juara mewakili bahagian ke acara LISUS peringkat negeri malah memilih wakil negeri ke peringkat kebangsaan. JUARA: Kigen ( lima kanan) menyampaik­an hadiah kejuaraan kepada pengurusan skuad MZ J, Mohd Zaifulfadi­llah Junaidi muncul juara Futsal LISUS Bintulu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia