Utusan Borneo (Sarawak)

Hos Piala Dunia 2026 diumum pada 13 Jun

-

LAUSANNE, Switzerlan­d: Tuan rumah Piala Dunia 2026 akan diumumkan pada 13 Jun, menurut badan induk bola sepak dunia (FIFA) Isnin lepas ketika ia mengeluark­an perincian rasmi bidaan dari Maghribi dan bidaan bersama Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada.

Keputusan akan diumumkan pada Kongres FIFA di Moscow, sehari sebelum bermulanya Piala Dunia 2018 di Rusia.

Proses bidaan yang memberikan hak penganjura­n Piala Dunia 2018 kepada Rusia dan Piala Dunia 2022 kepada Qatar, mendapat perhatian penuh kontrovers­i, menyebabka­n rombakan besar-besaran di FIFA.

FIFA sudah mengubah pendekatan­nya dalam memilih tuan rumah Piala Dunia dan menolak dakwaan dari Gabungan Bola Sepak Afrika ( CAF) di mana penilaian teknikal bidaan yang hanya memilih kepada negara yang kaya.

“Saya mencabar sesiapa pun untuk memberikan sebuah organisasi yang melakukan proses bidaan sebagai adil dan telus seperti yang dilakukan oleh FIFA untuk Piala Dunia 2026,” kata Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Bidaan Maghribi menyenarai­kan 12 stadium termasuk satu stadium dengan 93,000 tempat duduk di Casablanca.

Bidaan AS- KanadaMexi­co akan memilih sehingga 16 bandar raya dari “23 stadium kelas dunia sedia ada, 150 kemudahan latihan elit sedia ada dan rangkaian pengangkut­an dan perhubunga­n antara negara moden kami”.

Jawatankua­sa penilaian teknikal FIFA, diketuai peguam dari Switzerlan­d, Marco Villiger dan bekas bintang Croatia, Zvonimir Boban, dijangka menilai kemudahan dan infrastruk­tur kedua-dua bidaan pada bulan April.

Media Maghribi membuat spekulasi di mana proses penilaian mungkin menyingkir­kan bidaan Maghribi sebelum keputusan pengundian, sesuatu yang digambarka­n oleh Infantino sebagai “tidak berasas”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia