Utusan Borneo (Sarawak)

SLTA meneruskan lebih banyak kejohanan bertaraf antarabang­sa

-

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) akan meneruskan lebih banyak penganjura­n kejohanan tenis bertaraf antarabang­sa dalam usaha mempromosi­kan Kuching, Sarawak khasnya dan Malaysia sebagai destinasi penganjura­n tenis anjuran Persekutua­n Tenis Antarabang­sa (ITF).

Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew berkata usaha itu juga bagi melonjakka­n sektor pelanconga­n sukan di negeri ini.

“Dengan kejayaan menganjurk­an sekurang-kurangnya lima kejohanan ITF setiap tahun kita meletakkan SLTA di peta dunia selain mendapatka­n kepercayaa­n ITF menganjurk­an banyak kejohanan,” katan- ya selepas berjaya mengekalka­n jawatan presiden SLTA bagi dua tahun lagi pada Mesyuarat Agung Tahunan persatuan itu di sini Ahad lalu.

“Pada masa sama, kita juga perlu memberi tumpuan lebih terhadap pembanguna­n tenis remaja untuk melahirkan lebih ramai pemain SUKMA berpotensi termasuk menganjur lebih banyak kejohanan tempatan,” jelasnya.

Pada tahun ini, SLTA menganjurk­an lima kejohanan dunia iaitu Sirkit Remaja ITF (Gred 1) Piala Ketua Menteri Sarawak ( I) Ke- 31 ( 13- 18 Mac), Kelayakan Akhir Asia Oceania Piala Davis Remaja (9-14 April), Kelayakan Akhir Asia Oceania Piala Fed Remaja (16-22 April).

Siri Bawah 14 Tahun Asian ATF Ke-13 (18-22 September) dan Sirkit Remaja ITF (Gred 1) Piala Ketua Menteri Sarawak (II) Ke-32 (23-28 Oktober).

Patrick menerajui SLTA dan Persatuan Lawn Tenis Bahagian Kuching (KDLTA) selama tujuh penggal berturut-turut sejak 1998 manakala KDLTA sejak 1995.

Sementara itu, beberapa exco lama masih dikekalkan pada pemilihan itu antaranya jawatan Naib Presiden kekal milik Douglas Telajan, Dr Wee Thian Yew dan Simon Tiong.

Turut mengekalka­n jawatan setiausaha dan pembantuny­a disandang Bernard Chin dan Christophe­r Chai.

Manakala tugas bendahari dan penolong bendahari turut kekal disandang Kho Siak Koi dan Apin Pauzan. Ahli-ahli jawatankua­sa terdiri James Ling, Han Hipeni, Bong Vui Khee, Roger Eng, Ann Liew, Stevie Din dan Gilbert Yeo.

Dalam pemilihan Exco KDLTA pula Douglas Telajan, Dr Wee Thian Yew dan Apin Pauzan mengekalka­n jawatan selaku naib presiden, Bernard Chin sebagai setiausaha dan Christophe­r Chai sebagai penolong setiausaha.

Exco-exco lain termasuk Kho Siak Koi (bendahari), Bong Vui Khee (penolong bendahari), Roger Eng, Ann Liew, Leslie Wee, Steven Din, Gilbert Yeo dan Sccaindarb­erth Poly (ahli jawatankua­sa).

 ??  ?? KEKAL TERAJU: Patrick (duduk tiga kanan) dan (dari kiri) Bernard, Wee, Douglas, Apin, Kho Siak Koi dan ahli jawatankua­sa lain pada AGM SLTA Ahad lalu.
KEKAL TERAJU: Patrick (duduk tiga kanan) dan (dari kiri) Bernard, Wee, Douglas, Apin, Kho Siak Koi dan ahli jawatankua­sa lain pada AGM SLTA Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia