Utusan Borneo (Sarawak)

Belia perlu memantapka­n diri dalam bidang teknikal

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

GOLONGAN belia perlu memantapka­n diri mengikuti pengajian dan latihan bidang teknikal selaras perkembang­an pesat industri di Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) di Bintulu.

Pengarah Urusan Kumpulan Harina Consultanc­y Service Training Centre, Kapten (B) Narayanan Kannan berkata kursus dan pengajian perlu diikuti terdapat di Harina Consultanc­y Service Training Centre berkaitan bidang kerja industri.

Justeru, keperluan menerapkan golongan belia amat mendesak berikutan kerajaan negeri kini memfokuska­n usaha membangunk­an industri dan menumpu kepada kemahiran teknikal.

“Kesempatan dan perkembang­an pesat industri negeri ini perlu direbut oleh kalangan belia supaya sektor pekerjaan berkaitan tidak terlepas begitu sahaja dan diisi oleh warga asing,” katanya pada Taklimat Kursus Teknikal anjuran Biro Warisan Pendidikan Badan Warisan Sejarah dan Kebudayaan Vaie

Bintulu (BAWARIS) bersama Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti (PBB) dan Harina Consultanc­y Services di Bintulu, baru-baru ini.

Narayanan berkata, sekiranya belia di negeri ini tidak mengasah kemahiran dalam bidang teknikal mereka akan rugi malah ketinggala­n dalam arus pembanguna­n.

Justeru, belia perlu membuat keputusan dan meneruskan pelajaran bidang kemahiran kerana pada hari ini keutamaan sektor pekerjaan tidak lagi menumpu akademik sahaja.

“Sekarang industri perlukan mereka mahir dan dengan menjalani kursus seumpamany­a memberi pendedahan awal mendalami bidang kemahiran.

“Golongan belia mesti ada kemahiran serta perlu belajar pelbagai kursus ditawarkan dalam bidang juruteknik elektrik, mekanik, perhotelan, sistem maklumat, jahitan, perladanga­n dan sebagainya,” ujar beliau.

Beliau berkata, mengikuti kursus kemahiran menambah ilmu pengetahua­n dengan lebih meluas terutamany­a bagi yang lemah dalam bidang akademik.

“Berapa ramai pelajar lepasan universiti meneruskan pengajian mereka dan memasuki kursus kemahiran baharu untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir banyak ditawarkan,” katanya.

Menurutnya, tenaga mahir perlu dipertingk­atkan penting dan golongan belia tidak boleh tercicir menyertain­ya memandangk­an kerajaan menyediaka­n banyak pusat latihan kemahiran.

Selain itu, belia mengikuti pengajian bidang teknikal dapat menunjukka­n bakat mereka sekali gus membantu memahirkan diri dalam bidang kemahiran berkaitan.

“Ramai usahawan berjaya adalah mereka dari bidang kemahiran memandangk­an mereka mahir praktikal lebih bijak daripada yang memiliki akademik, malah peluang pekerjaan pekerja mahir amat luas terutamany­a di kawasan SCORE,” katanya.

Menurutnya, Bintulu semakin berkembang pesat dan perkembang­an meluas dalam sektor perladanga­n kelapa sawit juga menuntut mereka mempunyai kemahiran dalam sektor terbabit.

Berkenaan kursus ditawarkan, apabila tamat pengajian di pusat itu menghantar pelatih menjalani latihan industri selama dua

bulan di syarikatsy­arikat berkaitan dan penekanan penting untuk pelatih adalah keyakinan dan disiplin.

Dalam pada itu, Pengerusi BAWARIS Kairulniez­a Waynie berkata melalui taklimat itu pihaknya berharap belia-belia merupakan ahli skuad PBB dapat menimba ilmu bidang teknikal di pusat terbabit.

Katanya, belia diterima masuk ke pusat itu untuk yuran kemasukan ditanggung oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip secara percuma.

“Kami harap melalui taklimat itu memberi motivasi kepada belia mengikuti kursus kemahiran sekali gus mendapat sijil kemahiran diiktiraf, membuka ruang memenuhi kekosongan pekerjaan dalam bidang teknikal di Bintulu,” katanya.

Beliau turut berharap usaha itu dapat mengisi masa terluang dengan belajar asas kemahiran sebelum mereka membuat keputusan meneruskan pengajian sehingga ke peringkat diploma dan memperkemb­ang kemahiran mereka.

 ??  ?? TAKLIMAT: Narayanan (kanan) menyampaik­an taklimat kepada belia.
TAKLIMAT: Narayanan (kanan) menyampaik­an taklimat kepada belia.
 ??  ?? TERBAIK: Para peserta merakam gambar beramai-ramai selesai pertanding­an di pekarangan Pejabat MDS, baru-baru ini,
TERBAIK: Para peserta merakam gambar beramai-ramai selesai pertanding­an di pekarangan Pejabat MDS, baru-baru ini,
 ??  ?? KAIRULNIEZ­A
KAIRULNIEZ­A

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia