Utusan Borneo (Sarawak)

Mystic India, The World Tour ‘Live In Kuala Lumpur’ pada April ini

-

KUALA LUMPUR: Mystic India, The World Tour ‘Live in Kuala Lumpur 2018’, Muzikal Broadway Bollywood dari Amerika Syarikat bakal dipentaska­n di Istana Budaya mulai 5 April hingga 11 April.

Ketua Pegawai Eksekutif Eeman Corporatio­n Sdn Bhd, Gavin Singh berkata dalam kenyataan, Mystic India akan menyingkap tradisi peralihan massa dan budaya dari India kuno ke India moden dan progresif melalui sorotan kebudayaan, tarian, nyanyian dan gaya pakaian.

Ia juga akan membariska­n lagu-lagu hit ‘evergreen’ klasik sehinggala­h lagu-lagu hit terkini dari filem-filem kegemaran ramai lakonan Shah Rukh Khan, Salman Khan, Ranbeer Singh, Deepika Padukone, Aiswarya Rai, Madhuri Dixit, Kajol dan ramai lagi, katanya.

Gavin berkata Mystic India adalah inspirasi nukilan dan hasil rekaan, Amit Shah, seorang warganegar­a Amerika Syarikat berketurun­an India yang menyandang Pengarah/ Pengarah Seni keseluruha­n pementasan ini.

“Mystic India: The World Tour Kuala Lumpur, dalam jangka waktu tujuh tahun sahaja telah pun memukau penonton-penonton di empat benua, dengan lebih 500 persembaha­n seluruh dunia termasuk Bahrain, Kanada, Amerika Syarikat, Afrika Selatan dan Eropah dengan jualan penuh serta pengiktira­fan Antarabang­sa,” kata Gavin.

“Lebih setengah juta penonton telah pun menyaksika­n Mystic India, dan kini telah bersedia untuk memukau Asia pula bermula dengan Malaysia,” tambah beliau.

Beliau juga berkata Presiden Persatuan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil telah dilantik sebagai penaung persembaha­n bertaraf antarabang­sa itu berdasarka­n pembabitan beliau dalam alam sekitar yang sangat sinonim dengan filem-filem Bollywood.

Tiket-tiket mula dijual bermula 18 Jan melalui saluran di atas talian www.AirAsiaRed­Tix.com. — Bernama

 ??  ?? AKAN DATANG BULAN APRIL INI: Mystic India akan menyingkap tradisi peralihan massa dan budaya dari India kuno ke India moden dan progresif melalui sorotan kebudayaan, tarian, nyanyian dan gaya pakaian.
AKAN DATANG BULAN APRIL INI: Mystic India akan menyingkap tradisi peralihan massa dan budaya dari India kuno ke India moden dan progresif melalui sorotan kebudayaan, tarian, nyanyian dan gaya pakaian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia