Utusan Borneo (Sarawak)

New Zealand tidak ada pengintip Rusia untuk diusir: Ardern

-

WELLINGTON: New Zealand semalam berkata ia mahu mengusir pengintip Rusia sebagai respons terhadap tindakan meracuni seorang bekas ejen di Britain – namun ia tidak menemui sebarang pegawai Moscow di negara terpencil Pasifik Selatan ini.

Beberapa diplomat Rusia telah diarahkan keluar dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia dan beberapa negara Eropah dalam kemunculan serangan agen saraf terhadap Sergei Skripal dan anak perempuann­ya di Salisbury.

New Zealand, bekas koloni Britain dan sekutu kuat London, menawarkan sokongan sepenuhnya namun mengaku kekurangan aktiviti pengintip Rusia bermakna terdapat sedikit sahaja tindakan yang ia boleh ambil.

“Kami sudah melakukan pemeriksaa­n di New Zealand. Kami tidak mempunyai pegawai perisikan Rusia yang tidak diiktiraf di sini. Sekiranya ada, kami akan mengusir mereka,” Perdana Menteri Jacinda Ardern memberitah­u radio rasmi.

“Ketika terdapat banyak kepentinga­n antarabang­sa... adakah ia mengejutka­n saya bahawa New Zealand tidak terdapat dalam senarai mereka? Tidak sebenarnya.”

Ardern berkata, New Zealand “akan terus meneliti apakah tindakan selanjutny­a yang ia boleh lakukan bagi menyokong komuniti antarabang­sa berhubung serangan Salisbury”.

Rusia menafikan ia mendalangi cubaan bunuh itu, yang menyebabka­n Skripal dan anak perempuann­ya sakit tenat dalam apa yang mungkin adalah serangan agen saraf pertama di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

New Zealand adalah anggota dalam rangkaian perkongsia­n maklumat ‘Five Eyes’, yang termasuk AS, Britain, Kanada dan Australia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia