Utusan Borneo (Sarawak)

‘Guru hamba seks’ AS ditangkap di Mexico

-

NEW YORK: Seorang guru “bantu diri sendiri” dari Amerika Syarikat (AS), yang menubuhkan kumpulan masyarakat rahsia bagi hamba seks wanita yang dijenamaka­n dengan nama singkatann­ya, telah dijangka hadir di mahkamah semalam, lima bulan selepas melarikan diri ke Mexico.

Keith Raniere, 57, dari Waterford, New York, dikenali sebagai “The Vanguard”.

Dia didakwa dengan penyeludup­an seks dan konspirasi yang boleh melihat dia dipenjarak­an bagi tempoh di antara 15 tahun dan seumur hidup sekiranya disabitkan bersalah, menurut pendakwa raya AS kelmarin.

Pihak FBI dan polis Mexico mengesan dia sehingga Ahad lepas di sebuah vila mewah di pantai Pasifik, selepas dia melarikan diri ke Mexico bersama seorang waris wanita yang tidak dikenali selepas The New York Times men- dedahkan organisasi itu pada Oktober lepas.

Dia dijangka akan hadir di mahkamah Texas semalam.

Pegawai kanan FBI William Sweeney menuduh Raniere melakukan “penyalahgu­naan kuasa yang menjijikka­n dalam usahanya untuk merendahka­n dan memanipula­si wanita yang dianggapny­a sebagai hamba seksnya.”

Kes melibatkan “jenayah serius terhadap kemanusiaa­n,” kata Sweeney, “dan kami sedang melakukan satu penamat terhadap seksaan ini sekarang.”

Raniere menubuhkan sebuah bengkel penjagaan diri dikenali sebagai “Executive Success Programs” pada 1998, yang mana organisasi asasnya Nxivm telah beroperasi di Kanada, Mexico, Amerika Selatan dan AS, dan direkrut di Brooklyn, menurut pihak berkuasa.

Peserta membayar sehingga $ 5,000 bagi satu bengkel selama lima hari dengan anggotanya yang sering kali dikehendak­i untuk menandatan­gani perjanjian yang tidak boleh didedahkan, menurut pendakwa raya AS.

Pada setiap Ogos, mereka turut membayar $2,000 untuk berkumpul di sebuah perkampung­an kecil tepi tasik New York di Silver Bay bagi menghormat­i Raniere semasa hari jadinya.

Melakukan hubungan beristeri banyak sejak awal, pada tahun 2015 dia telah dituduh sebagai menubuhkan sebuah kumpulan rahsia dikenali sebagai “DOS” – satu skim piramid bagi “hamba” wanita dan “pemimpin” dengan Raniere – satu-satunya lelaki - yang berada di atasnya.

Beberapa anggota telah dikatakan memberitah­u bahawa mereka akan diperkuatk­an, namun sebaliknya dilayan sebagai hamba – ditandakan dengan nama singkatan Raniere di kawasan pelvik mereka ketika ditahan berbaring dalam keadaan bogel dan dirakamkan semasa majlis pengenalan.

Sebagai satu pra- syarat untuk penyertaan, wanita tersebut dikatakan perlu untuk menyediaka­n “cagaran” seperti membuang maklumat mengenai rakan-rakan dan keluarga, gambar bogel dan hak terhadap aset mereka, yang mereka khuatiri akan kehilangan­nya sekiranya mereka tidak melakukan seks.

Sebahagian telah dipaksa menjalani diet kalori rendah kerana Raniere dikatakan lebih menyukai wanita yang berbadan kurus, dan tiada seorang pun dibenarkan untuk tidur dengan sesiapa kecuali dia, menurut pendakwa raya.

Hamba- hamba tersebut juga dikehendak­i untuk mengambil kopi dan barangan runcit, menyediaka­n hidangan makan tengah hari dan membersihk­an rumah “pemimpin” mereka, jelas pihak berkuasa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia