Utusan Borneo (Sarawak)

Australia usir dua diplomat Rusia

-

SYDNEY: Australia menyertai Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Britain yang lain semalam mengusir dua diplomat Rusia sebagai respons kepada serangan agen saraf terhadap seorang ejen penyamar di England.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata, keduaduany­a adalah “pegawai perisikan yang tidak diiktiraf” dan mempunyai masa selama tujuh hari untuk pergi.

“Keputusan ini menunjukka­n sifat mengejut serangan itu, menggunaka­n senjata kimia yang pertama di Eropah sejak Perang Dunia Kedua, melibatkan sejenis bahan sangat berbahaya di kawasan yang ramai penduduk, membahayak­an sejumlah besar anggota lain dalam komuniti,” menurut beliau.

Turnbull berkata, keputusan itu menyusuli nasihat dari London bahawa bahan yang digunakan dalam serangan pada 4 Mac terhadap Sergei Skripal dan anak perempuan- nya di Salisbury adalah sejenis agen saraf gred tentera yang dihasilkan oleh Rusia.

Beliau menyifatka­nnya sebagai sebahagian daripada “satu corak sikap tidak ambil peduli dan sengaja oleh negara Rusia yang menunjukka­n ancaman yang meningkat terhadap keselamata­n antarabang­sa”.

“Serangan sebegitu tidak boleh diterima oleh manamana negara berdaulat,” tambah beliau.

“Kami menyokong sepenuhnya seruan kepada Rusia agar memaklumka­n sepenuhnya program senjata kimianya sejajar dengan undang-undang antarabang­sa.”

Respons Canberra itu selepas Washington mengarahka­n 60 rakyat Rusia keluar dari negaranya.

Kanada, Ukraine, Albania dan kebanyakan negara Kesatuan Eropah mengikut jejak langkah itu dengan pengusiran dalam skala yang lebih kecil, selepas Britain menggesa sekutunya agar memberi respons kepada kes keracunan itu.

Rusia menafikan ia mendalangi cubaan bunuh itu, yang menyebabka­n Skripal dan anak perempuann­ya sakit tenat dalam apa yang mungkin adalah serangan agen saraf pertama di Eropah sejak Perang Dunia Kedua. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TINDAKAN TEGAS: Turnbull (kiri) dan Menteri Luar Australia Julie Bishop bercakap pada sidang media di Rumah Parlimen di Canberra semalam.
— Gambar Reuters TINDAKAN TEGAS: Turnbull (kiri) dan Menteri Luar Australia Julie Bishop bercakap pada sidang media di Rumah Parlimen di Canberra semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia