Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Haiti khuatir wartawan dilapor hilang sudah mati

-

PORT-AU-PRINCE: Polis negara Haiti kelmarin berkata ia berasa bimbang akan “keputusan maut” dalam kes seorang wartawan foto, Vladjimir Legagneur, yang sudah hilang selama 12 hari.

Lelaki berusia 30 tahun itu dilihat kali terakhir pada 14 Mac ketika beliau meninggalk­an rumah bagi satu tugasan laporan di Grand- Ravine, salah satu kawasan kejiranan termiskin Port-au-Prince dan sejak beberapa tahun menjadi kawasan perang kumpulan kejam.

“Kami buat masa sekarang tidak mempunyai kesan atau petunjuk tentang dia,” kata Frant Lerebours, jurucakap polis negara.

“Dalam kes seperti ini, tiada tuntutan bagi wang tebusan, kami bimbang akan satu keputusan maut,” kata beliau.

Isteri Legagneur, Fleurette Guerrier, mula mencari suaminya pada petang 14 Mac apabila beliau tidak menerima berita daripadany­a.

Selepas dua hari, beliau memfailkan satu laporan dengan pihak berkuasa Haiti.

Khabar angin bahawa beliau mungkin telah dibunuh telah tersebar dalam lingkungan media, namun keluarga dan teman-temannya mendesak pihak berkuasa agar bertindak.

“Saya meminta pihak berkuasa mengaktifk­an pencarian untuk mengetahui apa yang telah berlaku terhadap beliau, kerana setakat ini saya tidak mengetahui sekiranya suami saya masih hidup atau telah meninggal dunia,” kata Guerrier, sambil menangis.

Lerebours berkata, polis sedang menyiasat satu mayat yang dicacatkan yang ditemui di Martissant, kawasan kejiranan Port- au- Prince di mana terletakny­a GrandRavin­e.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia